kBAT - Seni Bina

Seni Bina

11)       Pembinaan monumen tamadun-tamadun awal seperti Acropolis, aqueduct, colloseum, Parthenon, pantheon dan Tembok Besar China merupakan kejayaan-kejayaan masyarakat lampau dalam seni bina.

(i)        Berdasarkan pemerhatian anda, Mengapakah masyarakat tamadun awal mampu membina monumen dengan baik.

  • membina modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan – bidang geometri, matematik dan arkitektur – membina institusi pendidikan binaan
  • Kebekerjasamaan dalam melaksanakan perintah raja – taat dan setia kepada kepemimpinan negara – tenaga kerja mahir yang ramai
  • Memiliki kedudukan ekonomi yang kukuh – sumber binaan dicari gali dengan banyak
  • Mempunyai pemikiran kreatif dan kritis – inovasi melalui dunia penyelidikan

(ii)       Bagaimanakah masyarakat hari ini dapat memulihara monumen-monumen ini kekal sebagai lambang kebanggaan negara.

  • Jadikan kawasan monumen lama kekal – bangunkan kawasan baharu untuk membuat pembangunan baharu
  • mengisytiharkan kawasan monumen sebagai tapak bersejarah – tarik pelancong asing – meningkatkan pendapatan negara melalui industri pelancongan
  • mengekalkan binaan lama daripada kerosakan – mengecat, membaik pulih kerosakan monumen.
  • menjamin kawasan monumen daripada pencerobohan – menjaga kawasan monumen dengan menggajikan petugas keselamatan


Comments

Post a Comment