KBAT TING 5

Tingkatan 5

Bab 1

Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.

F1             Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
F2             Menghormati lambang-lambang kebesaran
F3             Menghayati Rukun Negara
F4             Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan    Agong dan raja
F5             Lawatan ke muzium diraja
F6             Mencari maklumat berkaitan melalui internet
F7             Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
F8             Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
F9             Meraikan hari keputeraan sultan
F10           Kembara Tengku Mahkota dibukukan
                  (Mana-mana jawapan munasabah)

Sebagai warganegara, apakah usaha yang perlu anda lakukan bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat?

F1             Cekal/tabah
F2             Tidak berputus asa
F3             Berani
F4             Bijaksana
F5             Berfikiran positif
F6             Berdayasaing
F7             Menguasai pelbagai ilmu
F8             Mempunyai jati diri yang kukuh
F9             Berpegang teguh kepada ajaran agama
F10           Sentiasa bersatupadu
F11           Semangat patriotik/cinta akan negara
F12           Berinovasi/kreatif
                  (Terima mana-mana jawapan munasabah)

Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?

F1             Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F2             Menguasai pentadbiran
F3             Memudahkan perluasan pengaruh
F4             Mengekalkan kuasa politik
F5             Mendapatkan cukai
F6             Menyebarkan agama Kristian
F7             Meluaskan jajahan takluk
F8             Menyebarkan budaya Barat
F9             Menguasai jabatan kerajaan
F10          Menghapuskan kuasa raja dan pembesar


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat kepada penduduk tempatan?

F1             Kemerosotan pengaruh golongan Datu
F3             Jawatan pembesar tradisional terhapus
F4             Institusi raja terhapus
F5             Pengaruh golongan agama merosot
F6             Cukai yang tinggi terhadap rakyat
F7             Kerahan tenaga kepada rakyat

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah Thailand berjaya mengekalkan  kemerdekaannya?

F1             Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn
F2             Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat
F3             Untuk mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan
F4             Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain
F5             Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
F6             Penasihat tentera dari Perancis
F7             Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
F8             Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
F9             Memperkenalkan Kabinet Menteri Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam                    perbendaharaan negara
F10           Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan  sistem raja berkuasa mutlak.
F11           Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah
F12           Menjalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia  Kedua
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?    
                                                                                                                                           
F1             Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat
F2             Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
F3             Raja kehilangan kuasa
F4             Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama
F5             Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat
F6             Memperkenalkan undang-undang Barat
F7             Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka
F8             Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9              Melaksanakan sistem pungutan cukai
F10           Memaksa raja menerima penasihat Barat


Bab 2

Andaikan anda seorang penulis cadangkan tema penulisan yang dapat menaikkan imej negara kita.

F1               Perpaduan/Integrasi Nasional
F2               Satu Malaysia
F3               Kemakmuran Malaysia
F4               Keistimewaan Malaysia
F5               Kejayaan Malaysia
F6               Malaysia Boleh
F7               Malaysia Gemilang
F8               Malaysia Kebanggaan Kita
F9               Patriotik
F10             Keindahan Malaysia
                  (Mana-mana jawapan munasabah)


Sebagai seorang pemimpin persatuan di sekolah, bagaimanakah anda menangani setiap cabaran yang dihadapi?

F1             Tidak berputus asa
F2             Berani menghadapi risiko
F3             Cekal/tabah
F4             Berfikiran positif
F5             Rasional
F6             Bijaksana
F7             Berilmu
F8             Bertoleransi
                  (Terima mana-mana jawapan munasabah)

Jika anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan ?

F1             Berwibawa
F2             Semangat perjuangan yang kental
F3             Berilmu pengetahuan
F4             Berjuang melalui organisasi
F5             Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas
F6             Mempunya ilmu pengetahuan
F7             Bekerjasama
F8             Mementingkan perpaduan
             (Mana-mana jawapan munasabah) 

Pada pandangan anda, apakah peranan akhbar yang sewajarnya  demi kemajuan dan kemakmuran negara ?

F1             Melahirkan / membangkitkan  semangat kebangsaan
F2             Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri
F3             Membangkitkan kesedaran agar masyarakat bersatu padu
F4             Memajukan bangsa
F5             Menggalakkan semua golongan memajukan diri
F6             Memajukan pendidikan untuk semua kaum
F7             Menggalakkan masyarakat  maju dalam ekonomi
                  Mana-mana jawapan munasabah

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu kepada generasi muda hari ini.

F1             Pentingnya ilmu pengetahuan
F2             Perlunya menyertai kegiatan persatuan / badan sosial
F3             Sikap kerjasama / tolak ansur
F4             Semangat patriotik
F5             Memelihara jati diri
F6             Menghindari budaya negatif
F7             Menguasai ilmu teknologi
F8             Peluang pendidikan kepada semua
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada masa itu
menubuhkan persatuan?

F1             Menggalakkan kesedaran untuk bersatu
F2             Membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang
F3             Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama
F4             Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat
F5             Suara orang Melayu akan didengari oleh British
F6             Semangat kenegerian akan diatasi
F7             Orang Melayu tidak mudah ditindas
F8             Mengukuhkan kuasa politik orang melayu
F9             Kebajikan orang Melayu akan terbela
F10           Memupuk semangat kebangsaan
                  Mana-mana yang munasabah

Bab 4

Sebagai penduduk Tanah  Melayu,  mengapakah kita perlu menentang Malayan Union ?                  

F1             Masa tidak sesuai   
F2             Kuasa Raja-Raja terhakis.
F3             Raja-Raja kehilangan tahta/kredibiliti
F4             Agama Islam akan tercabar
F5             Zakat dipungut di bawah nama Gabenor
F6             Pemberian kerakyatan yang longgar
F7             Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
F8             Mengancam status quo orang Melayu.
F9             Ekonomi orang Melayu bertambah mundur
F10           Pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.
F11           Bimbang warisan tamadun akan hilang.
F12           Menghapuskan sejarah yang dibina oleh Kesultanan Melaka

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kepada orang Melayu jika Malayan Union tidak dibubarkan ?

F1             Bangsa Melayu akan terhakis
F2             Kesultanan Melayu terhapus
F3             Adat istiadat Melayu pupus
F4             Orang Melayu akan mundur ekonomi
F5             Agama Islam bukan agama rasmi
F6             Bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan
F7             YDP Agong tidak menjadi ketua negara
F8             Imigran akan menguasai ekonomi

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar daripada
Kejayaan orang  Melayu   menentang Malayan Union?       

F1             Bersikap tegas.
F2             Bersatu padu
F3             Berdiplomasi
F4             Bersikap sederhana
F5             menyelesaikan masalah melalui perundingan
F6             Bersedia mentadbir kerajaan sendiri
F7             Bekerjasama
F8             Patuh kepada ketua
F9             Muafakat/musyawarah
F10           Cinta kepada negara/patriotik
             (Mana-mana jawapan munasabah)

Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita?

F1             Berusaha sehingga mencapai kejayaan
F2             Bertolak ansur dalam politik
F3             Mewujudkan kerjasama
F4             Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
F5             Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
F6             Menjaga kedaulatan negara
F7             Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
F8             Menjaga nama baik negara
F9             Mempromosikan Malaysia di luar negara
F10           Menjayakan konsep 1Malaysia

Sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita mesti mengamalkan sikap bertoleransi dalam kehidupan seharian?

F1             Menjamin keharmonian hidup
F2             Menjamin kestabilan negara
F3             Mempercepat pembangunan negara
F4             Tidak berlaku pertumpahan darah
F5             Menjaga nama baik/imej negara
F6             Mengeratkan perpaduan
                  (Terima mana-mana jawapan munasabah)

Bab 5

Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita.        

F1             Rela berkorban
F2             Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
F3             Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
F4             Menggunakan kebijaksanaan 
F5             Permuafakatan dalam membuat keputusan
F6             Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
F7             Mengutamakan keamanan
F8             Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
F9             Mengamalkan pendekatan diplomasi
F10           Perpaduan kaum diutamakan
F11           Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
F12           Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara        

Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai
Kemerdekaan yang telah dicapai selama ini ?

F1             Negara bebas daripada penjajahan
F2             Mewujudkan keamanan
F3             Membentuk masyarakat bersatu padu
F4             Menegakkan maruah bangsa
F5             Mewujudkan  kestabilan politik, ekonomi dan sosial
F6             Menjadi negara berdaulat
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pandangan anda,  mengapakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957  perlu  dihayati oleh generasi muda ?

F1             Menerapkan nilai tanggungjawab sebagai warga Malaysia
F2             Taat kepada Raja/ pemimpin
F3             Cinta akan negara
F4             Memupuk perpaduan di antara kaum
F5             Menghormati hak orang lain
F6             Taat kepada agama
             [Mana-mana jawapan munasabah]

                                                                                                                              
Bab 6

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah cabaran semasa pembentukan Malaysia berjaya diatasi?

F1             PTM/British berusaha menjelaskan pembentukan Malaysia
F2             Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin
F3             Sikap toleransi dalam kalangan pemimpin
F4             Pemimpin memberikan kerjasama
F5             Pemimpin mempertimbangkan pandangan penduduk yang
                  terlibat
F6             Kebijaksanaan pemimpin PTM/TAR tidak menggunakan
                  Kekerasan semasa menghadapi tentangan
F7             Menghantar bantahan rasmi mengikut saluran betul/PBB
F8             Mengadakan lawatan untuk menjelaskan keadaan
F9             Menggunakan cara diplomasi
F10           Kerjasama daripada rakyat
                  (Terima mana-mana munasabah)

Pada pendapat anda apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki pemimpin negara ketika itu dalam usaha  pembentukan Malaysia?   
        
F1             Menyekat pengaruh parti berhaluan kiri di Singapura/berhaluan kiri
F2             Membendung / menyekat / menjadi benteng  ancaman komunis
F3             Mempercepat kemerdekaan Singapura/Sarawak/Sabah
F4             Menjana pembangunan sosial/ekonomi/ politik
F5             Memelihara kestabilan poltik di rantau Asia Tenggara
F6             Memastikan kepentingan British terpelihara
F7             Mewujudkan satu pasaran yang luas
F8             Menggalakkan pelaburan
F9             Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F10           Memanfaatkan keistimewaan semulajadi/sumber alam di negeri-negeri ini
F11           Mengimbangi jumlah / kadar pertumbuhan kaum
F12           Membina kesepakatan / semangat setiakawan antara negara
F13           Mewujudkan semangat toleransi / kerjasama
F14           Memastikan kedaulatan negara / negeri terjamin
F15           Mengekalkan kesejahteraan / perpaduan antara negeri
                  (Mana-mana jawapan yang munasabah)  

Pembetukan Malaysia telah memberi banyak faedah kepada rakyat Malaysia hari ini. Jelaskan faedah tersebut.

F1             Kekayaana Negara bertambah
F2             Negeri yang kurang maju dibantu
F3             Semua negeri di Malaysia dapat kemerdekaan
F4             Pengaruh komunis dihapuskan
F5             Keluasan negara bertambah
F6             Jumlah penduduk bertambah
F7             Pasaran lebih luas
F8             Kepelbagaian budaya masyarakat
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pandangan anda, apakah  kesan  penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ?                                                                 

F1             Keluasan negara bertambah
F2             Bilangan penduduk bertambah
F3             Pertahanan negara lebih kukuh
F4             Komunis dapat dibanteras
F5             Penjajahan asing dapat ditamatkan
F6             Merapatkan hubungan antara kaum
F7             Memperkayakan budaya negara
F8             Meluaskan pasaran dalam negara
F9             Sumber hasil diperkayakan
F10           Negeri-negeri kurang maju dapat dibangunkan
            (Mana-mana jawapan munasabah)

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan
pembentukan Malaysia ?

F1             Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
F2             Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
F3             Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
F4             Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
F5             Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
F6             Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
F7             Menggalakkan pelaburan
F8             Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F9             Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
F10           Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
F11           Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
             [mana-mana jawapan munasabah]
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faedah yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia kepada rakyat pada hari ini?     
                                                                                     
F1             Keluasan negara bertambah
F2             Bilangan penduduk bertambah
F3             Pertahanan negara kukuh
F4             Komunis dapat diatasi
F5             Penjajahan asing ditamatkan
F6             Memperkayakan budaya negara
F7             Meluaskan pasaran negara
F8             Negeri kurang maju dapat dibangunkan
             (Mana-mana jawapan munasabah)
Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia?

F1             Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong
F2             Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
F3             Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum
F4             Bersatu-padu
F5             Patuh akan undang-undang/peraturan
F6             Menghormati lambang/simbol negara
F7             Patuh akan perlembagaan negara
            (mana-mana munasabah)

Bab 7

Pada pendapat anda, apakah peranan sistem kehakiman yang diamalkan di negara kita ?

F1             Mempunyai kuasa mendengar / menentukan perkara sivil / jenayah
F2             Menentukan kesahihan undang-undang
F3             Mentafsir Perlembagaan Persekutuan / Perlembagaan Negeri
F4             Melaksanakan tugas kehakiman
F5             Mentafsir undang-undang
F6             Menjamin keadilan / kesaksamaan undang-undang
F7             Hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah
                  Mana-mana yang munasabah

Sebagai  seorang warga negara , apakah tanggungjawab anda dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita?

F1
Menjalin pemuafakatan  dengan kerajaan
F2
Mendaftar sebagai pengundi
F3
Keluar mengundi
F4
Berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian
F5
Bekerjasama dengan semua kaum
F6
Sedia bekorban demi tanah air
F7
Cintai negara
F8
Perasaan bangga akan negara


Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kita?

F1             Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air
F2             Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air
F3             Taat kepada pemerintah
F4             Rakyat sentiasa bersemangat
F5             Simbol perpaduan
F6             Lambang kemegahan penduduk
F7             Membezakan Malaysia dengan negara lain
F8             Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
F9             Memupuk semangat bersyukur
F10           Menyemarakkan semangat patriotisme
F11           Memupuk kesetiaan kepada raja
F12           Lambang jati diri bangsa dan negara
F13           Lambang identiti negara
F14           Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara
F15           Simbol kedaulatan negara
F16           Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air
             Mana-mana yang munasabah

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai perlembagaan?

F1             Negara akan kucar-kacir
F2             Pentadbiran tidak mantap
F3             Berlaku rusuhan kaum
F4             Tiada kesetabilan politik
F5             Ekonomi yang tidak mantap
F6             Tidak dapat membina pembentukan Negara bangsa
             ( mana-mana munasabah)

Bab 8

Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

F1             Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam majlis rasmi
F2             Menanam rasa bangga dan menyintai bahasa Melayu
F3             Mengadakan kempen ‘Minggu Bahasa Melayu’
F4             Mengadakan pertandingan penulisan esei Bahasa Melayu
F5             Menghayati Bulan Bahasa
F6             Meningkatkan amalan bacaan bahan-bahan dalam bahasa Melayu
F7             Menghargai bahasa Melayu melalui amalan pertuturan yang baik
                  Mana-mana yang munasabah

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?

F1             Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai
F2             Mengamalkan budaya yang baik
F3             Menghormati kebudayaan kaum lain
F4             Mengasdakan aktiviti perkhemahan yg melibatkan pelbagai kaum
F5             Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
F6             Menyertai pelbagi aktiviti anjuran sekolah
F7             Menganjur  aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pandangan anda mengapakah bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan?

F1             Untuk memartabatkan bahasa Melayu
F2             Jamin perpaduan
F3             Pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu
F4             Bahasa utama negara
F5             Menjadi bahasa rasmi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
F6             Lambang kedaulatan kerajaaan Melayu
                  Mana-mana yang munasabah

Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum perlu dipelihara dan diperkasakan dari semasa ke semasa?   
                                                                                                      
F1             Memastikan keamanan negara berkekalan
F2             Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
F3             Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
F4             Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
F5             Memastikan ekonomi negara terus berkembang
F6             Dapat menarik kedatangan pelabur asing
F7             Akan dihormati oleh negara luar
F8             Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
F9             Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
F10           Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum
             (Mana-mana jawapan munasabah)

Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara persekutuan?

F1             Kestabilan politik
F2             Tiada pemusatan kuasa
F3             Raja sebagai ketua negara
F4             Pertahanan menjadi lebih kukuh
F5             Perkongsian ekonomi yang sama rata
F6             Saling membantu dalam meningkatkan ekonomi
F7             Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat
F8             Keseimbangan kaum
             [Mana-mana jawapan munasabah]

                         
Bab 9

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia Pertama untuk memupuk keamanan dunia?

F1             Elakkan daripada peperangan
F2             Hubungan yang baik dengan semua negara/diplomatik
F3             Perpaduan di kalangan rakyatnya
F4             Menghormati kedaulatan negara lain
F5             Perlumbaan senjata harus dielakkan
F6             Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang
F7             Menyelesaikan masalah melalui rundingan
F8             Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa
F9             Tidak menjalankan dasar penjajahan
             (Mana-mana jawapan munasabah)

Bagaimanakah generasi muda Malaysia hari ini dapat memanfaatkan keamanan negara?

F1             Belajar bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi
F2             Memupuk perpaduan antara kaum
F3             Menjaga keamanan dan keselamatan negara
F4             Hidup bertoleransi dan berganding bahu
F5             Memajukan ekonomi ke peringkat global
F6             Menghasilkan produk untuk pasaran
F7             Memelihara kedaulatan negara
F8             Memelihara demokrasi sedia ada di negara kita
F9             Menghidupkan semangat 1Malaysia

Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah negara?

F1             Meningkatkan eksport/import negara
F2             Menarik pelabur asing
F3             Pertukaran teknologi/kepakaran
F4             Mengekalkan kedaulatan negara
F5             Menjamin kestabilan/keamanan  dunia
F6             Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek
F7             Mewujudkan perdagangan dua hala
F8             Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan
F9             Menarik lebih ramai pelancong luar
F10           Meningkatkan imej negara di mata dunia
                  (Terima mana-mana jawapan munasabah)

Pada pandangan anda, mengapakah  negara  kita perlu terus menjalin    
hubungan baik  dengan  negara luar?
                 
F1             Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
F2             Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
F3             Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
F4             Memastikan kemajuan negara berterusan
F5             Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
F6             Memajukan bidang perindustrian/perladangan negara
F7             Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
F8             Mendapat pertukaran teknologi
F9             Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
F10           Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
F11           Mengekalkan persefahaman
F12           Meneruskan hubungan diplomatik
F13           Membina semangat setiakawan
F14           Membuka peluang pekerjaan
F15           Membantu meningkatkan prasarana
F16           Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
                          
Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalin hubungan antara satu sama lain?

F1             Mengadakan hubungan diplomatik
F2             Membuat perjanjian perdagangan
F3             Menjalinkan hubungan kebudayaan
F4             Melalui sukan
F5             Melaksanakan projek usaha sama
                  Mana-mana yang munasabah

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah negara dengan negara lain

F1             Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
F2             Bantu membatnu bila diserang musuh
F3             Sering mengadakan mesyuarat
F4             Kerjasama dalam ekonomi
F5             Kerjasama pertahanan
F6             Kerjasama ekonomi
F7             Kerjasama politik
F8             Pertukaran budaya
F9             Hormati kedaulatan negara lain
F10           Bertindak satu suara

Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan dapat dielakkan?

F1             Melalui kerjasama masyarakat antarabangsa
F2             Melalui PBB
F3             Kerjasama serantau
F4             Hubungan baik antara negara jiran
F5             Hormat menghormati antara negarea
F6             Kuasa besar tidak menyerang negara lain sewenang-wenangnya
                  Mana-mana yang munasabah

Jelaskan kebaikan yang diperoleh Malaysia dengan menjalinkan hubungan antarabangsa                      

F1             Mewujudkan hubungan diplomatik
F2             Menjamin hak asasi manusia
F3             Mengelakkan pertelingkahan
F4             Membangunkan ekonomi negara
F5             Pasaran ekonomi meluas
F6             Meningkatkan nilai ringgit Malaysia
F7             Membangunkan prasarana pendidikan
F8             Pertukaran kepakaran / teknologi
F9             Mengadakan rundingan/perbincangan
F10           Pertukaran ilmu
F11           Pertukaran pelajar

Sebagai seorang pemimpin  yang berwibawa,  apakah usaha yang boleh anda lakukan  untuk  mengelak  berlakunya peperangan ?
F1             Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2             Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
F3             Menanam kesedaran pentingnya keamanan
F4             Mengutamakan keharmonian kaum
F5             Berbaik-baik dengan semua negara
F6             Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
F7             Mematuhi matlamat Piagam PBB
F8             Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
F9             Kerjasama di peringkat antarabangsa
F10           Bersama-sama menentang keganasan
F11           Meningkatkan taraf hidup rakyat




Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keburukan peperangan kepada peradaban negara dunia?

F1             Kehancuran perpaduan manusia
F2             Kemusnahan/ kehilangan warisan bangsa
F3             Kehilangan nyawa
F4             Keruntuhan ekonomi
F5             Kemunculan kuasa besar/ besar
F6             Kehilangan nilai-nilai kemanusiaan
F7             Kehancuran negara bangsa
F8             Kehilangan hak asasi manusia
                  [mana-mana jawapan munasabah]



                        












Comments

  1. Terima kasih cikgu! Semoga segala usaha cikgu sentiasa diberkati Allah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu! Semoga segala usaha cikgu sentiasa diberkati Allah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. lol semua dtng untuk trial exam

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu, semoga urusan cikgu dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cgu, amat membantu sngt. esk exam😅 dptlah ingt²

    ReplyDelete

Post a Comment