Tajuk Fokus SPM 2015 : Dasar Luar Malaysia

(a)     Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia.

          F1     Hubungan bilateral
          H1a   Hubungan secara terus dengan negara tertentu
          C1a   Hubungan dengan negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan                           Vietnam dan lain-lain.
          C1b   Hubungan dengan negara-negara Asia , Afrika, Timur Tengah dan sebagainya.
          C1c   Hubungan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

          F2     Hubungan multilateral
          H2a   Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
          C2a   Hubungan dalam pertubuhan serantau ASEAN
          C2b   Hubungan dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel / OIC / NAM
[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]


(b)     Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

          F1     Faktor sejarah
          H1a   Malaysia adalah sebahagian daripada negara Kesultanan Melayu Melaka.
          H1b   Menjalin hubungan dengan negara yang telah terjalin sejak zaman                                     Kesultanan Melayu Melaka.
          H1c   Menjalin hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan negeri-negeri di               Kepulauan Melayu.
          H1d   Menjalinkan hubungan dengan negara-negara di Kepulauan Melayu.
          H1e   Malaysia pernah menjadi tanah jajahan British.
          H1f   Selepas merdeka, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
          H1g   Menjalin hubungan dengan Britain, Australia, New Zealand dan negara                  Komanwel lain.
          H1h   Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) / PKM menggugat                  keselamatan negara.
          H1i   Mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis


         


          F2     Faktor Ekonomi
          H2a   Mengamalkan pasaran bebas
          H2b   Menjalin hubungan baik dengan negara yang dapat membantu memajukan                                   ekonomi negara
          H2c   Malaysia merupakan negara pengeluar utama bijih timah / getah sejak zaman                              penjajahan British
          H2d   Menjalin hubungan ekonomi dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana                                   mengharapkan pasaran / modal dari negara-negara tersebut   
          H2e   Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur
          H2f   Menjalin hubungan untuk menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea
          H2g   Bertujuan meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
          H2h   Menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun / negara-negara              Islam untuk meneroka peluang pelaburan di negara berkenaan.

          F3     Faktor Politik
          H3a   Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
          H3b   Menjalin hubungan dengan negara yang mengamalkan demokrasi.
          H3c   Malaysia berpegang kepada prinsip memelihara kedaulatan negara-negara lain
          H3d   Berhak menentukan hala tuju / masa depan berdasarkan prinsip keamanan sejagat
          H3e   Dasar Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia                    Barat
          H3f   Malaysia tidak menjalin hubungan dengan Israel.
          H3g   Berpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) bagi               memelihara keamanan dunia

          F4     Faktor Geografi
          H4a   Malaysia berkedudukan strategik di Asia Tenggara
          H4b   Bersempadan dengan kebanyakan negara serantau seperti Singapura / Thailand /                        Indonesia / Filipina / Brunei
          H4c   Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
          H4d   Keselamatan negara serantau akan memberi kesan terhadap keselamatan Malaysia


          F5     Faktor Demografi
          H5a   Menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
          H5b   Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam
          H5c   Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel
          H5d   Kerana menceroboh dan menindas penduduk Palestin
          H5e   Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bebas mengamalkan budaya hidup dan                               agama masing-masing
          H5f   Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia 
          H5g   menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan
          H5h   Tiada hubungan diplomatik
          H5i   Sehingga Dasar Aparteid dihapuskan oleh Afrika Selatan
          H5j   Kepelbagaian kaum di negara ini mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia
[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]


(c)     (i)      Pada pendapat anda, mengapakah negara kita perlu berbaik-baik dengan                        negara luar?

          H1     Menjamin keselamatan rakyat dan negara
          H2     Memelihara kepentingan nasional
          H3     Mengekalkan kedaulatan negara
          H4     Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
          H5     Mengukuhkan pertahanan
          H6     Menggalakkan pelaburan asing
          H7     Meluaskan pasaran
          H8     Membina rangkaian perdagangan
                   (Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]




          (ii)    Andaikan anda seorang  pemimpin,  apakah usaha anda untuk mengekalkan              hubungan baik dengan negara-negara luar?

          H1     Mengelakkan persaingan senjata
          H2     Menghormati kedaulatan negara lain
          H3     Mementingkan hak asasi manusia
          H4     Mengukuhkan hubungan diplomatik
          H5     Menganggotai pertubuhan/gerakan antarabangsa
          H6     Mengamalkan prinsip keadilan
          H7     Mengutamakan semangat setiakawan
          H8     Menyelesaikan krisis antara Negara melalui rundingan
          H9     Menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi
          H10   Melibatkan diri dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa
                   (Mana-mana jawapan munasabah)
 [Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]



Comments