Ramalan target soalan sejarah spm 2015

Target spm 2015 Sejarah
1.       Pendidikan Vernakular
a.       Ciri pendidikan Vernakular China dan Tamil
-        Sistem pendidikan berorientasikan pendidikan negara asal
-        Menggunakan bahasa ibunda masing-masing
-        Sukatan pelajaran ditiru daripada kurikulum pendidikan di negara asal
-        Menggunakan buku teks yang dibawa dari negara asal
-        Guru dibawa dari negara asal
b.      Kebajikan sekolah melayu tidak dijaga
-        Sekolah Melayu ditubuhkan di peringkat sekolah rendah sahaja
-        Tiada kelengkapan disediakan di sekolah Melayu
-        Lulusan sekolah rendah Melayu tidak boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
-        Tiada sekolah menengah Melayu disediakan
-        Sekolah Melayu kebanyakannya ditubuhkan di luar bandar
-        Sukatan pelajarannya terbatas kepada asas belajar menulis, membaca dan mengira sahaja
-        Kurikulumnya bertujuan untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapanya
c.       Pendidikan Vernakular tidak memupuk perpaduan
-        Kerana muridnya terpisah mengikut kaum tertentu menyebabkan setiap kaum tidak berhubung antara satu sama lain
-        Menggunakan bahasa ibunda masing-masing menyebabkan pelajar kaum lain tidak belajar di sekolah itu
-        Sukatan pelajaran ditiru daripada kurikulum pendidikan di negara asal menyebabkan murid lebih mengenali budaya sendiri sahaja
d.      Cara memupuk perpaduan melalui pendidikan
-        Dengan cara belajar menggunakan bahasa Kebangsaan menyebabkan hubungan antara pelajar lebih akrab
-        Dengan cara menyertai kegiatan kokurikulum menyebabkan pelajar dapat bergaul antara satu sama lain
-        Dengan cara aktiviti pembelajaran secara berkumpulan menyebabkan pelajar berbincang antara satu sama lain
-        Dengan mengadakan projek khidmat masyarakat menyebabkan mereka sama-sama bekerja untuk mencapai matlamat yang sama

2.       Blok Dunia dan Perang Dingin
a.       Sebab wujud Blok dunia
                 F1    Perbezaan  ideologi dan fahaman politik
F2    Persaingan antara blok kapitalis (Amerika) dengan blok komunis (Soviet Union)
                    F3    Kedua-dua blok berusaha membuktikan kekuatan
                    F4    Ingin menjaga kepentingan masing-masing

b.      Ciri kapitalis dan Komunis
-        Negara kapitalis menjalankan pemerintahan secara demokratik manakala negara komunis menjalankan pemerintahan secara diktator.
-        Di negara kapitalis, kerajaan dipilih melalui pilihan raya tetapi di negara komunis, hanya Parti Komunis sahaja yang memerintah negara.
-        Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada orang persendirian tetapi di negara komunis, hanya kerajaan yang memiliki perniagaan.
-        Negara kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya tetapi negara komunis mengawal kebebasan individu.
-         
c.       Sebab berlakunya perang dingin

-        Kemunculan blok dunia iaitu blok komunis dan blok kapitalis
-        ideologi dan fahaman politik yang berbeza
-        Berlaku konflik tanpa senjata
-        Persaingan kekuatan ketenteraan masing-masing
-        Persaingan melebarkan pengaruh

d.      Kesan Perang Dingin
-        Pembentukan blok dunia.
-        Penubuhan NATO
-        Pakatan WARSAW.
-        nPertubuhan  Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
-        Perlumbaan senjata
-        Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri
-        Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada mana-mana blok

e.       Peranan Malaysia mengatasi perang dingin

-        Merealisasikan konsep ZOPFAN (Zon Aman Bebas dan Berkecuali) di rantau ASEAN agar kuasa besar tidak terlibat dalam perluasan ideologi.
-        Menggalakkan agar semua negara menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.
-        Memberi kesedaran kepada kuasa besar agar tidak terlibat dalam perlumbaan senjata.
-        Menggalakkan Negara Dunia Ketiga mengamalkan dasar berkecuali.

3.       Pengaruh Islam terhadap Ekonomi
a.       Faktor kemunculan Melaka
F3          Melaka menjadi pusat perdagangan terkenal
H3a       Kedudukan strategik membantu perkembangan Melaka
H3c        Terletak di tengah jalan perdagangan India dan China
H3d       Terlindung daripada tiupan angin monson
H3e       Perairan yang dalam memudahkan  kapal dagang berlabuh
H3f        Selat Melaka yang sempit/ dalam/ selamat /mudah mengawal keselamatan pedagang
F4          Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan/pentadbiran yang licin/ teratur agar aktiviti perdagangan berjalan lancer
F5          Melantik/ mewujudkan jawatan Laksamana      
H5a       Untuk menjaga urusan kelautan / menjaga keselamatan pedagang / perairan Selat Melaka
H5b       Menyediakan kemudahan gudang/ tempat membaiki kapal/ tempat penginapan
F6          Melantik Jawatan Syahbandar
H6a       Sebagai ketua pelabuhan/ menjaga pelabuhan/ melicinkan urusan pedagang
F7          Membuat/ menggubal Undang-Undang Laut Melaka
H7a       Dalamnya mengandungi tanggungjawab nakhoda/ jurumudi
H7b       Ada juga mengandungi peraturan pedagang di laut/ pelabuhan
F8          Bahasa Melayu menjadi  bahasa Lingua Franca

b.      Kenapa orang Melayu zaman tersebut maju dalam perdagangan
-        Mempunyai kemahiran dalam bidang perdagangan
-        Kemampuan membina kapal kapal yang besar
-        Mahir dalam menentukan arah perjalanan
-        Menguasai bidang pelayaran
-        Mempunyai sifat kecekalan dan kebeberanian utk meneroka lautan lepas



c.       Pelaksanaan cukai di Melaka
F1  Cukai terhadap barang dagangan
F2  Cukai tetap/Cukai import
F3  Kadar cukai enam peratus kepada pedagang Ceylon/Tanah Arab/ Siam/Pegu
F4  Cukai lima peratus kepada pedagang dari Jepun/China
F5  Cukai terhadap orang asing yang menetap di Melaka
F6  Cukai diraja
F7  Cukai tiga peratus kepada orang asing dari Kepulauan Melayu
F8  Cukai enam peratus terhadap orang lain yang lain
FAKTA NOMBOR
2
6
5
0
3
2 jenis cukai
-        Cukai tetap/import
-        Cukai Diraja
Kadar 6 peratus kpd pedagang CIAP
Kadar 5 peratus kpd pedagang Jepun dan China
Tidak dikenakan cukai untuk makanan dan beras
Cukai diraja sebanyak 3 peratus kpd pedagang dari Kepulauan Melayu

d.      Kepentingan cukai kepada negara
-        Meningkatkan pembangunan negara
-        Mewujudkan prasarana untuk kemudahan rakyat
-        Membina hospital, sekolah dan kemudahan untuk rakyat
-        Meningkatkan kecekapan pentadbiran negara
-        Mengurus negara
-        Membantu ekonomi negara
4.       Hijrah
a.       Maksud hijrah
F1         Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2         Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain  
F3         Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4         Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam.
F5         Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
F6         Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan
F7         Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8         Perubahan dari segi sikap /Perubahan cara berfikir/Perubahan tingkahlaku
b.      Sebab dan tujuan Hijrah
-  Untuk menunaikan perintah Allah yang menyuruh berhijrah
-  Untuk melindungi umat Islam daripada ditindas oleh orang Arab Quraisy Makkah
-  Untuk mengamalkan cara hidup Islam
-  Untuk memudahkan penyebaran Islam
-  Untuk menyelesaikan perbalahan orang Madinah
c.       Amalan Hijrah pada masa kini
-        Konsep hijrah berlaku dalam kehidupan masa kini dengan cara meninggalkan keburukan kepada melakukan kebaikan
-        Konsep Hijrah juga berlaku apabila masyarakat meninggalkan sifat malas dan mengamalkan sifat rajin dalam melakukan kerja
-        Konsep hijrah juga berlaku apabila masyarakat berusaha mencegah kemungkaran dan menggalakkan kebaikan



d.      Kepentingan peristiwa hijrah
F1        Dakwah Islamiah
H1a     dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b     sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
F2           Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a      yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b      melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3           Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
                                    Islam Madinah
H3a     Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri di Madinah
H3b     menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi
                                     kedudukanekonomi dan sosial
H3c     Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah
                                    yang berhijrah ke  Madinah
H3d     gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F4           Menyatukan penduduk Madinah
H4a     yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan Agama
H4b     Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
H4c      Dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F5           Membina sebuah masjid
H5a      Masjid al-Nabawi
H5b     Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c     Masjid dijadikan sebagai tempat  beribadat,  belajar, tempat bertemu/berbincang
                                      masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
F6              Wujud takwim Islam
H6a      Berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b     Takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab
F7              Menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a      menukarkan nama Yathrib kepada Madinah  al- Munawwarah
H7b     Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam
F8        Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong- menolong
H8a     Orang Madinah memberi bantuan  besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b     Mereka sanggup memberikan tempat tinggal,  makanan, keperluan asas
H8c     menerima orang Islam Makkah sebahagian daripada masyarakat Madinah
F9       Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.                      
H9a     Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta 
H9b     Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c     Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta
F10      Menunjukkan peranan wanita
H10a   Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b   Menghantar makanan
H10c   menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy
F11      Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
H11a   Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup
H11b   Tidak pernah berputus asa
H11c   Bijak mengatur strategi peperangan
H11d   Bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah

e.       Cara menghayati peristiwa hijrah
-  Merayakan tahun baru umat Islam (Tahun Hijrah)
-  Mengingati peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah
-  Memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam menegakkan Islam
-  Mengambil iktibar daripada konsep hijrah







5.       Nasionalisme di Asia Tenggara
a.       Maksud nasionalisme
Maksud nasionalisme  ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara,  membawa kepada gerakan membebaskan tanah air,  Pembebasan kuasa politik, cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. Faktor- faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ialah dasar penjajahan Barat, pengaruh agama, pengaruh karya  kesusasteraan, pengaruh sistem pendidikan,  kemunculan golongan intelektual, pengaruh media massa, peranan sistem pengangkutan/ perhubungan dan pengaruh luar.
b.      Ciri nasionalisme tahap satu dan dua
Ciri Nasionalisme Tahap Pertama
-        Penentangan bersifat setempat sahaja.
-        Gerakan ini dipimpin oleh golongan agama
-        Tiada parti politik yang menjadi penggerak.
-        Isu yang diperjuangkan ialah berkaitan sosial, kebudayaan, agama dan hak peribumi
-        Tujuan gerakan adalah menuntut hak dan taraf hidup rakyat tempatan dibaiki.
-        Gerakan ini bersifat sederhana dan tidak bersifat politik

Ciri Nasionalisme Tahap Kedua
-        Penentangan menyeluruh di seluruh negara.
-        Gerakan ini dipimpin oleh ahli politik.
-        Mempunyai parti politik sebagai penggerak.
-        Isu berkaitan politik dan kemerdekaan tanah air.
-        Tujuan gerakan adalah menuntut kemerdekaan dan memerintah sendiri.
-        Gerakan ini bersifat radikal.
-        Gerakan ini bersifat tindakan politik

c.       Perkembangan nasionalisme di Thailand
Berikan dua sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand
F1          Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2          Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutlak
F3          Perkembangan sistem pendidikan Barat
F4          Golongan intelek didedahkan kepada fahaman liberal
F5          Perkembangan sistem demokrasi
F6          Pengetahuan mengenai raja berperlembagaan
F7          Kelemahan sistem pentadbiran
F8          Sikap boros Raja Vajiravudh

d.      Keistimewaan nasionalisme di Thailand
Nasionalisme Thailand berbeza dengan nasionalisme di negara lain

Buktinya ialah nasionalisme di Thailand tidak menentang penjajah.
Nasionalisme Thailand bukan dicetuskan oleh rakyat, tetapi dilakukan oleh pemerintah.
Nasionalisme Thailand bukan bertujuan menamatkan penjajahan, tetapi mahu menamatkan penguasaan politik oleh kerabat diraja dan menamatkan sistem beraja mutlak.
Nasionalismenya bertujuan memperbaiki kelemahan sistem pentadbiran dan mengubah sikap raja yang boros.
Kerana mereka mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi agar dapat mewujudkan perpaduan kaum.[2 markah]
e.       Kepentingan Semangat nasionalisme

-        Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
-        Memupuk semangat cinta negara
-        Mematuhi pemimpin
-        Melahirkan masyarakat yang bersama-sama membangunkan negara
-        Mewujudkan  masyarakat yang bersatu padu

f.        Perkembangan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
F1   Tahap pertama merupakan Gerakan Dakyah
   F2   Diketuai oleh Jose Rizal
   F3   Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
   F4   Menuntut bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti mana bangsa Sepanyol
   F5   Menuntut bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
   F6   Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina
   F7   Disebabkan tuntutan-tuntutannya tidak dilayan
   F8   Mendesak kerajaan Filipina melakukan pembaharuan politik/ekonomi/sosial
   F9   Jose Rizal ditangkap
   F10 Jose Rizal dibuang negeri ke Dapitan
   F11 Jose Rizal dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
   F12  Gerakan nasionalisme tahap kedua bermula dengan penubuhan Katipunan
   F13  Oleh Andres Bonifacio
   F14  Bermula penentangan secara radikal
   F15  Ingin menyatukan bangsa Filipina
   F16  Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
   F17  Menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
   F18  Akhbar rasminya Kalayan
   F19  Melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol
   F20  Katipunan lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Aguinaldo
   F21  Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat
   F21  Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898
   F22  Amerika Syarikat pula menguasai Filipina menggantikan Sepanyol
   F23  Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
   F24  Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901
   F25  Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penubuhan parti-parti politik yang sederhana
   F26  Parti Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907
   F27  Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan

Jelaskan Perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia***

  F1    Pada tahap pertama memberikan tumpuan terhadap isu-isu pendidikan
  F2    Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan dalam kalangan wanita
  F3    Hasil karya Habis Gelap Terbitlah Terang/ Penulisan Seorang Puteri Jawa
  F4    Mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
  F5    Penindasan penjajah Belanda
  F6    Perjuangannya memberi inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya
  F7    Gerakan Muhammadiyah merupakan gerakan terpenting pada tahap pertama
  F8    Matlamatnya ingin menyebarkan ajaran Islam yang sebenar
  F9    Matlamat  lain ingin menghindari ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian
  F10  Muhammadiyah banyak mendirikan sekolah/klinik/masjid
  F11  Tahap kedua memperlihatkan perjuangan parti-parti politik yang radikal
  F12   Parti Sarekat Islam/Parti Komunis Indonesia/Parti Nasional Indonesia
  F13   Menuntut kemerdekaan dengan lantang
  F14   Sanggup menggunakan kekerasan bagi mencapai kemerdekaan
  F15   Parti Nasional Indonesia di bawah pimpinan Soekarno paling berpengaruh
  F16   Pihak Belanda menangkap pemimpin-pemimpin radikal
  F17   Parti Nasional Indonesia diharamkan oleh Belanda

g.       Cara menegakkan kedaulatan negara
F1  Menjaga keamanan negara
F2  Menjaga nama baik negara
F3  Menjaga keharmonian kaum
F4  Mengharumkan nama negara
F5  Mengukuhkan perpaduan kaum


6.       Dasar Ekonomi Baru
a.       Sebab DEB dilancarkan
-        Membasmi kemiskinan
-        Menyusun semula masyarakat yg terpisah mengikut kaum
b.      Matlamat DEB
•            DEB bertujuan untuk membasmi kemiskinan masyarakat tanpa mengira kaum.
•            Untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
•            Untuk merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
•            Untuk menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
•            Untuk menyusun semula masyarakat agar tiap-tiap kaum tidak dikenali berdasarkan kepada fungsi ekonominya.
•            Untuk memajukan ekonomi masyarakat luar bandar.

c.       Usaha Kerajaan Melalui DEB
1.      Kerajaan membuka tanah rancangan secara besar-besaran untuk menempatkan rakyat yang tidak mempunyai tanah.
2.      Kerajaan menumpukan penanaman getah dan kelapa sawit untuk melibatkan rakyat dalam pertanian komersil.
3.      Kerajaan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
4.      Kerajaan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi mereka.
5.      Kerajaan memberikan bantuan modal dan teknikal kepada bumiputera supaya mereka melibatkan diri dalam perniagaan.
6.      Kerajaan melancarkan Skim Amanah saham Nasional untuk meningkatkan hak milik modal saham bumiputera.











a.       Agensi yg menjayakan DEB
•            Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
•            Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
•            Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
•            Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
•            Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
•            Lembaga Pertubuhan Peladang
Membantu petani melibatkan diri dalam koperasi.

b.      Berjayakah DEB
•     Kerana dapat memajukan bumiputera menyebabkan jurang kemiskinan antara kaum berjaya dirapatkan.
•     Kerana dapat memajukan masyarakat luar bandar menyebabkan jurang kemiskinan antara wilayah dapat dikurangkan.
•     Kerana dapat meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan menyebabkan kadar kemiskinan orang Melayu berjaya dikurangkan.
•     Kerana dapat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum menyebabkan perpaduan kaum berjaya dieratkan.
F1  Merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
F2  Menurunkan kadar kemiskinan dalam KDNK
F3  Meningkatkan pendapatan perkapita bumiputera
F4  Meningkatkan hak milik modal saham kaum bumiputera
F5  Manfaat dinikmati oleh semua kaum
                          F6  Berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing

c.       Keadaan orang Melayu tanpa DEB
-        Mundur
-        Terus tertinggal di kawasan kampong
-        Tidak melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial
-        Terpinggir daru arus pemodenan
-        Pemilikan saham rendah
-        Hanya terlibat dalam sector pertanian sara diri
-        Tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain

d.      Kesan DEB









7.       Renaissance
a.       Maksud Renaissance




b.      Tokoh Renaissance
c.       Faktor belakunya renaissance
d.      Sebab renaissance berlaku di Itali
e.       Pengajaran Renaissance
f.        Sumbangan Renaissance pada dunia

8.       Malayan Union
9.       Pakatan Murni
10.   Zaman Penjelajahan

11.   Peranan Akhbar dan majalah

Comments