Contoh Andaian jawapan percubaan SpM kelantan 2018


TAJUK : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN
NEGARA MALAYSIA BERDAULAT
Peraturan Pemarkahan Bab 8 ( Tingkatan 5 )
Soalan :
Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan
selepas merdeka. Sejauhmanakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan
kesejahteraan rakyat. Bincangkan.
Soalan Isi dan huraian Markah
1.Pengenalan

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan
ekonomi di negara kita

Kerajaan British memperkenalkan pelbagai dasar hanya
untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. British mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden tersebut
 Sistem ekonomi moden yang diperkenalkan terlalu asing kepada penduduk peribumi
Penduduk peribumi yang berasaskan ekonomi sara diri ketinggalan
Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu menghadapi kepincangan ekonomi dan sosial
Telah  Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Dimulakan oleh kerajaan Perikatan,  Peringkat awal tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.  Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan  Untuk membasmi kemiskinan dan  Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah diperkenalkan bagi  Menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000  beberapa  Rancangan Pembangunan Lima Tahun diwujudkan secara bersepadu untuk pembangunan negara


Memahami rancangan pembangunan ekonomi di negara kita Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) (10 markah)
ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) (10 markah)
iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) (10 markah)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
 Diperkenalkan sejak sebelum merdeka.  Matlamat membangunkan kawasan luar bandar  Supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dirapatkan
Untuk Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar dan  Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada
getah dan bijih timah
Tumpuan rancangan Malaya Pertama memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam,   Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian
Penanaman semula getah digalakkan dan  Hasil pertanian dipelbagaikan
Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan keseluruh negara
Dalam sektor sosial, seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis dan lain diberi tumpuan .  Strategi pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ialah penubuhan agensi kerajaan
RIDA dan FELDA ditubuhkan
Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar Ia Menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam pembangunan kawasan luar bandar
Pencapaian rancangan Malaya Pertama kurang memberansangkan  Kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan perbelanjaan negara disalurkan untuk
keselamatan negara
ini di tambah lagi dngan Kejatuhan harga komoditi getah di pasaran dunia.

ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama.  Ia  Masih memberi penekanan kepada penduduk luar bandar  Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan
penduduk luar bandar dengan bandar dan  Mengurangkan kadar kemiskinan, serta  Meningkatkan taraf hidup rakyat.
Rancangan ini juga Memberi tumpuan kepada penyedian infrastruktur sosial  Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan Ia  Menyediakan peluang pekerjaan
 Strateginya menggiatkan peranan FELD dan  Program pembukaan tanah FELDA dipergiatkan. Ia Mempelbagaikan hasil pertanian negara untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makan import dipergiatkan.
FAMA ditubuhkan pada 1965 da ia  berperanan membantu petani mengatasi masalah
pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani
Kerajaan telah Mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur  Untuk menyelaraskan pembangunan negeri, daerah dan kampung
Pengenalan Buku Merah  Yang mempunyai program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian program pembangunan

iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Ia Merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia. Rancangan tersebut  Memberi tumpuan pada integrasi nasional bagi  Memastikan semua program pembangunan memfokus pada kesejaheraaan rakyat
Ia Bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi dan  Mempelbagaikan ekonomi sektor pertanian dan  Strategi pembangunan pertanian iaitu pembukaan tanah
Baru.
Usaha pembukaan tanah baru oleg FELDA semakin pesat seperti  Mewujudkaan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.
FELCRA ditubuhkan pada 1965 dan Bertujuan membantu FELDA dalam pembangunan ekonomi luar bandar
Kerajaan melancarkan Strategi pembangunan perindustrian dengan menubuhkan
MARA pada 1966 , MARA menggantikan RIDA.Matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
Strategi MARA menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera, serta menyediakan kemudahan asas bumiputera.
Dalam Rancangan ini juga kerajaan telah menubuhkan Bank Bumiputera untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sector perusahaan dan perdagangan
Penubuhan PERNAS pada 1969 bertujuan  menggiatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
MARDI ditubuhkan 1969  yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan
memperkenalkan teknologi meningkatkan hasil pertanian kecuali getah
MIDA ditubuhkan pada 1967 untuk pembangunan perindustrian. Akta Pelaburan 1969 bagi menggalakkan kemunculan industri baru.
 Rancangan Malaysia pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969
Menganalisis pencapaian ekonomi dalam Rancangan Malaysia
keempat.
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat

Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB,  Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini
tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga

Rancangan Malaysia Keempat memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal,  Penggunaan teknologi tinggi dan  Keperluan tenaga pekerja mahir
Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)iaitu  Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1980
HICOM berperanan mengenalpasti, memula, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap sepertimana yang dikendalikan oleh sektor swasta
Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Skudai, Johor/Senawang,Negeri Sembilan/ Bintulu, Sarawak/ Menggatal & Likas, Sabah.
Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas,  Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Punang) dan Sungai Way (Selangor)
Kerajaan telah melancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan
Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara dan  Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju
pembangunan industrinya dan strategi pelaksaaannya
Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan  Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumipitera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun.
Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian, iaitu perngenalan Dasar Pertanian Negara (DPN)
Dasar Pertanian Negara (DPN) dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalama Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun.  Pendapatan Perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4,000 juta pada tahun 1985







4.         Usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan melalui dasar dasar
pembangunan ekonomi.
Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Dasar Pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan Meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum ketahap maksimum melalui  Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap.dan pengurusan yang berkesan.
Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dengan  Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
Pembukaan tanah-tanah baru seperti FELDA untuk semua kaum dan  Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan negara bagi membangunkan ekonomi negara dan setersnya dpat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Perkongsian kepakaran dalam syarikat  Sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional.  Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan agar  memudahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa tertentu kepada sector swasta.
Ini akan merapatkan jurang ekonomi luar bandar dan seterusnya membangunkan kawasan luar bandar dan .mMemaksimumkan penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi.
Kerajaan juga Melaksanakan program usahawan bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan juga menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua
kaum.
Menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti dan memberi peluang ekonomi untuk semua kaum.

5. Kejayaan dasar-dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Pada pendapat saya kejayaan dasar dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat ialah dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum/kawasan/wilayah
Berjaya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum bagi menambahkan pendapatan
Serta berjaya enyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
Kejayaan juga dalam menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan dengan  Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
Penubuhan MARA juga merupakan salah satu kejayaan kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera serta menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera
Kejayaan dasar pembangunan ekonomi juga dapat dilihat menerusi penyediakan kemudahan asas kepada bumuputera
Kerajaan juga telah membantu golongan petani dengan menggalakkan perkembangan perusahaan/perdagangan/memajukan bandar
Kejayaan juga dapat dilihat menerusi Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara /LPN bagi menstabilkan harga padi
Kejayaan dapat dilihat dengan Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia/LKIM membangunkan / meodenkan industry perikanan meningkatkan taraf hidup nelayan
Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA H13a Membangunkan Bandar

Kejayaan juga dapat dilihat menerusi Penubuhan RISDA membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Penubuhan Lembaga PErtubuhan Peladang /LPP dalam embantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi juga memperlihatkan  kejayaan pelaksanaaan dasar dasar ekonomi negara.
Penubuhan PETRONAS dalam memajukan sector perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum
Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman seperti tembakau, nenas dan sebagainya
Kejayaan menerusi dasar-dasar ekonomi juga diperlihatkan atas usaha kerajaan untuk mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar dengan memberi bantuan pinjaman modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
Kerajaan juga telah Memberi subsidi kepada petani dan usahawan/ industry desa

6.         Cabaran dan langkah-langkah dalam memupuk perpaduan
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

Cabaran untuk merapatkan Jurang ekonomi antara kaum dan juga  Pembangunan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.
Kerajaan juga menghadapi cabaran dari segi Sentimen perkauman yang menebal.
Dan  Campur tangan anasir luar.
Cabaran kerajaan untuk memupuk perpaduan juga dihadapi apabila tiada sokongan padu terhadap pembangunan kerajaan.
Rakyat Terkongkong dengan ekonomi tradisional dan kurang penghayatan terhadap unsur-unsur patriotism, serta tiada sikap berdaya saing. Masyarakat bersikap memilih kerja
Dan Kurang sifat  jati diri
Masalah pemasaran pemasaran yang berlaku dinegara kita seperti bencana alam. Contoh banjir dan bencana alam yang merosakkan alam sekitar dan kawasan yang dimajukan
( Mana-mana yang munasabah )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran diatas. (5 markah)

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat perpaduan ialah Menganjurkan program motivasi / ceramah / kempen /aktiviti kemasyarakatan dan memastikan pelibatkan semua kaum dalam pembangunan negara.
Kerajaan juga harus Memantapkan lagi institusi pendidikan dengan Menaik taraf infrastruktur.serta Menghayati dasar-dasar pembangunan negara.
Langkah seterusnya ialah kerajaan Memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah dengan menyediakan Kemudahan kredit lebih longgar.serta  Memantapkan institusi keluarga
Langkah seteruusnya ialah Melahirkan semangat berdaya saing dikalangan rakyat supaya mereka sentiasa bersedia utk meningkatkan pendapatan keluarga.
Langkah seterusnya ialah Pemasaran melalui e-dagang dengan mengadakan kursus kursus bagi membantu rakyat miskin dan luar bandar.





7.         Nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada perkembangan
ekonomi negara.
Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara

            Nilai nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara ialah  Berkemahiran tinggi dalam setiap bidang yang diceburi dan   
Perlu Gigih berusaha untuk memajukan diri sendiri demi kemajuan keluarga Nilai murni, iktibar yang perlu diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara ialah perlunya sifat berdaya saing dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita juga perlu Bijak dalam merebut peluang yang terhidang didepan mata dan tidak hanya melihat orang lain berjaya.
Kita juga perlu Mengukuhkan perpaduan agar tidak wujud perasaan curiga mencuriga diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Kita perlu berani menghadapi risiko sesuatu bidang yang kita ceburi, setiap bidang ada masalah dan perlu bijak dalam menangai masalah tersebut, dan kita tidak gentar terhadap resiko tersbut.
Tabah menghadapi cabaran dalam melaksanakan pembangunan ekonomi.
Semangat Kerjasama antara semua masyarakat juga boleh diamalkan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi.
Semangat patriotisme yang jitu adalah hasil peningkatan ekonomi negara yang patut kita amalkan demi negara kita yang tercinta.     
Kita juga perlu mengamalkan sikap Kreatif/inovatif dalam melaksanakan pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.
Kebijaksanaan pemimpin dalam memimpin negara kea rah yang lebih cemerlang dan mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.


Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh yang diperolehi daripada tajuk ialah kerajaan telah melaksanakan pembangunan ekonomi dengan merancang dasar dasarpembangunan seperti rancangan Malaysia lima tahun dan dasar dasar pembangunan ekonmoi seperti dasar pertanian negara.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara terhadap dasar pembangunan tersebut ialah Imemberi peluang kepada semua rakyat agar dapat meningmati kekayaan negara secara bersama.
Harapan saya terhadap dasar dasar pembangunan ekonomi tersebut ialah rancangan tersebut diteruskan dan memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa merasainya. Negara kita juga akan mencapai kejayaan yang cemrlang dan rakyat dapat hidup dengan suasana yang damai dan makmur.









Soalan: Dasar Pembangunan Sosial untuk perpaduan negara telah dilaksanakan sejak
penubuhan Malaysia. Sejauhmanakah pelaksanaan dasar ini telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan dan usaha menghayati prinsip Rukun Negara.

Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang dasar Pembangunan Sosial untuk Perpaduan Negara

Dasar pembangunan sosial untuk perpaduan negara dilaksanakan melalui penglibatan aktiviti sosial seperti  perpaduan melalui pendidikan dan  pembentukan Rukun Negara
Dasar kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk perpaduan negar.
Pelaksanaan program Sukan untuk semua/perpaduan
Begitu juga dengan pengenalan Wawasan 2020 untuk tujuan pembangunan sosial bagi perpaduan negara.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga memainkan peranan penting dalam dasar pembangunan sosial demi untuk perpaduan negara.
[ 7 x 1m = mak 5m ]
5 Markah

2.         Terangkan Dasar Pembangunan Sosial yang sedang dilaksanakan
untuk menjana perpaduan

i)               Rukun Negara

Dasar pembangunan sosial yang sedang dilaksanakan untuk menjana perpaduan ialah peleksanaan  MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara. ia mengambil alih pentadbiran Negara dengan  menubuhkan majlis perundingan Negara/MPN untuk  membincangkan perpaduan Negara dan  menilai isu perpaduan Negara. ia menekankan pembentukan ideologi Negara.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, Matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan dan  memelihara corak hidup demokratik, serta  mencipta sebuah masyarakat yang adil  menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
Dalam membina masyarakat progresif dengan f menggunakan Sains dan Teknologi
Antara Prinsip-prinsip Rukun Negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada tuhan iaitu  agama menjadi pegangan rakyat Malaysia agar  mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan  menerima Islam sebagai agama rasmi. Agama lain bebas diamalkan.
Prinsip Rukun negara yang keduan ialah kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ia  Menuntut rakyat memberikan kesetiaan kepada raja dan Negara. Yang dipertuan Agong sebagai ketua Negara.  Raja melayu merupakan ketua Negeri yang merupakan  simbol penyatuan rakyat dan  pelindung hak istimewa pribumi. Sesiapa yang menderhaka kepada raja bermaksud derhaka kepada Negara
Prinsip rukun negara yang ketiga ialah keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang utama Negara yang  dianggap luhur, unggul serta suci. Ia  menuntut akyat menerima/ mematuhi/ menyanjungi/dan mempertahankannya.
Prinsip rukun negara yang ke empat ialah Kedaulatan undang-undang.Iaitu  menuntut kita menghormati undang-undang dan b tidak melakukan kesalahan undang-undang
Ia menjamin rakyat hidup aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
Rakyat harus bertanggungjawab mendaulatkan undang-undang Negara agar  tidak dicabar oleh mana-mana pihak

Prinsip rukun negara yang ke lima ialah Kesopanan dan kesusilaan. Rakyat digalakkan  mengamalkan nilai-nilai murni yang  melambangkan keperibadian individu
Bagi menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni/ penyayang/ saling menghormati.

Dasar pembangunan sosial yang kedua ialah kerajaan memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam perkara 152 perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957
Ia bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu bagi  menjamin perpaduan rakyat
Untuk usaha tersebut kerajaan Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kerajaan juga telah membuat Pelancaran minggu Bahasa dan  Pelancaran Bulan Bahasa yang menggunakan  slogan Bahasa Jiwa Bangsa.
Kerajaan juga telah menubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar untuk mewujudkan perpaduan. Contohnya ialah  Sekolah Alam Shah/sekolah Seri Puteri/ Sekolah Sultan Abdul Halim
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.Menerusi akta tersebut  bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkatperingkat.
.Ppenubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah  membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa Ilmu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris mulai 1982. Bbahasa Melayu juga digunakan di mahkamah pada tahun 1990
[ 55 x 1m = mak 30m ]

3.         Huraikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan
di negara kita sejak tahun 1956 hingga 1988?

Dasar pendidikan kebangsaan yang pertama ialah pengenalan Penyata Razak 1956.  Dasar tersebut diharapkan dapat menyuburkan semangat perpaduan Negara
Di dalam penyata tersebut Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Menerusi Penyata tersebut juga kerajaan Menubuhkan Sekolah Umum Rendah
Yang Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Umum Rendah juga menggunakan bahasa Inggeris / Cina / Tamil sebagai Bahasa Pengantar
Sekolah Menengah Melayu juga  Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Sekolah Menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua Sekolah
Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan
Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Pada tahun 1960 Laporan Rahman Talib telah diperkenalkan. Ia Sebuah Jawatankuasa dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Haji Talib yang menjadi Menteri Pelajaran Ketiga
Ordinan tersebut mengasaskan penubuhan sekolah Vokasional khas untuk murid yang lemah dalam SRP . Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan  kepada Penyata Razak iaitu untuk memupuk semangat perpaduan kaum ,  Sekolah Umum dijadikan sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah juga dilaksanakan.  Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
Semua peperiksaan awam akan dijalankan dalam Bahasa kebangsaan. yor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961

Dasar pendidikan Malaysia yang seterusnya ialah Kajian Aminuddin Baki 1965
Menerusi dasar tersebut Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
Ia Menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah hingga berumur 15 tahun
dengan memberi pelbagai kursus kemahiran contohnya subjek  Perdagangan / Sains Rumahtangga / Seni Perusahaan / Sains Pertanian
Ia juga Untuk melahirkan tenaga kerja mahir  Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa
Jawatankuasa Kabinet 1974  Untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran
Kebangsaan dan  Untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada
Ia dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara dan dapat  Mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu / berdisilplin dan terlatih
Ia juga menekankan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
Kenaikan darjah secara automatik dan  Penekanan terhadap sekolah vokasional.
Sukatan pelajaran sekolah swasta juga telah dirangka oleh kerajaan dengan mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dan memberi  Penekanan terhadap kokurikulum serta penekanan terhadap disiplin sebagai asas perpaduan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah diperkenalan dan  Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 serta  Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan dalam tahun 1988
Ia Menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek  Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan / berketerampilan / berakhlak mulia /bertanggungjawab
Ia akan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga / masyarakat / negara
Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah Sebagai pelengkap kepada dasar pendidikan kebangsaan.Ia merupakan hala tuju system pendidikan di Negara kita  Untuk memupuk perpaduan kaum. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai keturunan / adat resam / agama serta dapat  memupuk integrasi nasional









4          Sekiranya anda seorang menteri pelajaran, cadangkan langkahlangkah
yang akan anda lakukan untuk memupuk perpaduan.

Sekiranya saya seorang menteri pelajaran, langah langkah yang akan saya lakukan untuk memupuk perpaduan  ialah setiap rakyat harus mempunyai pegangan agama/Tuhan dan mematuhi/ mengamalkan kepercayaan agama
Rakyat juga harus menghormati kebebasan beragama/ bebas mengamalkan agama masing-masing
Rakyat perlu bersikap setia kepada raja dan  bangga terhadap institusi Negara, serta  mematuhi undang-undang.
Rakyat juga harus juga mengamalkan Rukun Negara sertamenghormati lambang Negara seperti lagu Negaraku Jalur Gemilang
Saya juga akan memastikan rakyat dapat Merealisasikan wawasan 2020.
Sebagai seorang menteri juga saya akan memastikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjalan dengan lancar.
Saya juga akan memastikan Hari Perayaan disambut oleh semua kaum dan semua kaum akan mengadakan Rumah Terbuka
Sukatan Pelajaran yang sama juga akan digunakan dalam sistem pendidikan negara serta beroreientasikan peperiksaan yang sama.
Sebagai menteri juga saya akan memasikan semua rakyat akan menerima  kebudayaan kebangsaan dan akan bersikap 6 bertolak ansur/ sikap keterbukaan, serta  saling menghormati.
Bahasa Melayu  juga akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan akan menjamin  hak asasi manusia. Serta mempunyai  semangat kesukarelawan.
Langkah untuk mewujudkan perpaduan juga dapat dilakukan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah dan memastikan semua pelajar tanpa mengira kaum terlibar dalam kegiatan tersebut.
Menerusi sukan juga perpaduan akan dapat diwujudkan kerana aktiviti sukan akan melibatkan semua kaum dan persefahaman dalam satu pasukan.
Sebagai Menteri Pendidikan juga saya akan cuba untuk memperkasakan sekolah kebangsaan kerana melalui sekolah lebangsaaan akan mewujudkan perpaduan dikalangan semua kaum di Malaysia.

5          Sejauhmanakah Malaysia telah berjaya sebagai pusat pengajian
bertaraf antarabangsa?

Malaysia telah berjaya sebagai sebuah pusat pengajian antarabangsa  kerana talah melahirkan ramai tokoh pemikir/ cendekiawan dan  bilangan pelajar asing yang menuntut di Malaysia semakin bertambah.
Prasarana pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia juga adalah bertaraf dunia, Kegiatan penddikan/ R&D telah dimajukan dengan berkesan bagi menghasilkan paten baru dalam pelbagai bidang.
Kejayaan Malaysia juga dapat dilahat denga menggalakkan kegiatan penulisan dikalangan rakyatnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
Kejayaan juga diperlihatkan menerusi sikap kerajaan yang menggalakkan kegiatan penterjemahan karya karya asing ke dalam Bahasa melayu untuk menambahkan lagu karya karya asing ke Bahasa Melayu.
Malaysia juga telah menawarkan pelbagai jurusan di IPT/ fakulti untuk warga tempatan dan asing yang menandakan kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan di peringkat antarabangsa.
Malaysia juga berjaya sebagai pusat pengajian antarabangsa menerusi meningkatkan kemahiran tenaga pengajar di IPT dalam pelbagai bidang.
Malysia telah berjaya menjadi pusat pengajian antarabangsa menerusi banyak mengadakan program antarabangsa bagi meningkatkan lagi tahap perkembangan university di luar negara.
Kerajaan Malaysia juga telah mendemokrasikan  sistem pendidikannya agar menjadi seubuah pendidikan yang bebas dan menjadi pilihan utama warga tempatan dana sing dalam menuntut ilmu.
Kejayaan juga dapat dilihat menerusi usaha kerajaan Malaysia  memperbanyakkan IPT berkembar dengan IPT luar Negara. Bagi meningkatkan tahap keilmuan universitinya.
( mana-mana yang munasabah )

6          Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin perpaduan negara

i)               Cabaran Perpaduan abad ke 21

Cabaran pertama yang dihadapi untuk menjamin perpaduan negara ialah petempatan berasaskan kaum yang masih kekal di Malaysia iaitu bandar didiami oleh orang Cina, manakala dikampung kampung diduduki oleh orang melayu menakala india pula di estet estet dan bandar bandar tertentu.
Cabaran yang kedua pula ialah jurang ekonomi yang luas di antara kaum tidak sama kerana ekonomi Malaysia dikuasai oleh orang Cina. Ini akan meningkatkan jurang pendapatan di antara kaum dan boleh membawa kepada sikap mencurigai antara kaum.
Cabaran yang ketiga ialah perbezaan budaya, bahasa dan agama dan  parti politik berasaskan perkauman yang akan menyukarkan perpaduan di dalam negara.
Cabaran yang keempat untuk mewujudkan perpaduan ialah masih wujud sistem vernakular di sekolah rendah, sistem pendidikan ini berkonsepkan bangsa dan tidak elok untuk perpaduan kerana akan melambatkan proses perpaduan kaum kerana ia terasing mengikut kaum.
Cabaran yang kelima ialah sukatan pelajaran berbeza di sekolah swasta yang mengakibatkan sisitem pendidikan menjadi tidak seragam dan berbentuk perkauman. Ini akan menyukarkan  untuk membentuk perpaduan  diantr kum.
10 markah


ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
     Cara-cara mengatasi cabaran

            Langkah langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah memperkasakan Bahasa Melayu di negara kita Malaysia. Bahasa Malayu harus diutamakan untuk semua aspek terutamanya dalam bidang pendidikan, politik dan sebagainya.
Kerajaan juga harus menambahkan bilangan sekolah wawasan di negara kita agar semua kaum dapat berinteraksi sejak diperingkat sekolah lagi dan tidak timbul perasaan curigai mencuraigai antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Kit juga harus mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara jika prinsip rukun negara di hayati tidak akan timbul masalah perpaduan kaum di negara ini kerana Rukun negra dibina adalah untuk proses perpaduan kaum.
Kita juga perlu mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan agar semua kaum dapat mngenali setiap budaya bangsa yang berada di negara ini dan tidak timbul perasaan memburukkan kebudayaan bangsa lain.
Kita juga perlu untuk menjayakan Model Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh kerajaan agar semua kaum dapt menikmati hasil kekayaan negara kita.
Kita juga perlu mengamalkan konsep Hidup Berjiran Membawa Berkat yang akan membawa kemurnian dan kemanan serta akan mewujudkan perpaduan dalam negara.
Langkah untuk mengadapi cabaran didalam mewujudkan perpaduan juga kita perlu menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga yang memang sangat baik sebagai aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira bangsa dan agama, nasing masing akan bertanggunjawab menjaga keamanan di kawasan jiran tetangga masing masing.

Isi lain yang boleh dimasukkan ialah : tapi ingat kena tulis dalam bentuk esei dan jangan buat point;

-       membina budaya ilmu untuk menyekat limpahan maklumat luar
-       pembangunan rohaniah
-       menambah bilangan sekolah Bestari
-       mendedahkan pelajar tentang perkembangan semasa    
-       berpandangan jauh
-       kreatif dan inovatif
( Mana-mana jawapan yang munasabah )

7          Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar yang diperolehi daripada Dasar Perpaduan Negara
Nilai Nilai murrni atau iktibar yang kita perolehi daripada Dsar Perpaduan negara ialah sifat tolong-menolong diantara satu sama lain/.
Nilai murni yang kedua ialah kita akan lebih bersifat toleransi diantara satu sama lain demi sebuah perpaduan.
Sikap saling menghormati diantasa satu sama lain akan dapat dibentuk sesame bangsa tanpa mengira agama dan akan mewujudkan keamanan dan perpaduan.
gotong royong
Iktibar yang diperolehi daropada dasar perpaduan negara ialah kewujudan sebuah negara yang aman dan damai. Setiap rakyat dalam negara kita akan hidup dengan suasana yang aman dan damai.
Setiap rakyat juga akan dapat menjalankan kegiatan agama kepatuhan kepada agama masing masing tanpa ada sikap prejudis diantara satu sama lain.
iktibar daripada dasar perpaduan juga ialah mewujudkan semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia
Iktibar yang diperolehi daripada dasar perpaduan negara juga telah mewujudnkan Semangat kesukarelawan dikalangan rakyat Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan semasa kecemasan.
Iktibar juga diperolehi daripada dasar perpaduan negara membolehkan rakyat bersikap berbudi Bahasa diantara satu sama lain yang akan membolehkan kehidupan yang harmoni diantara kaum.
Sikap sopan-santun antara semua kaum dinegara kita ini akan mencegah daripada berlakunya sikap prejudis antara kaum



8          Rumusan

Pengetahuan yang diperolehi daripada tajuk ialah kerjaan telah berusaha untuk mewujudkan perpaduan di negara kita ini dengan melaksanakan dasar dasar pembangunan sosial seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan,Akta Bahasa Kebangsaan dan Dasar kebudayaan Kebangsaan serta Dasar Suka Negara.
Dasar – dasar tersebut dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk perpaduan didalam negara yang mempunyai pelbagau kaum dan rakyat akan hidup dalam Suasana yang aman dan damai serta akan sentiasa bekejasama dalam memajukan negara agar standing dengan negara-negara maju yang lain diperingkat dunia.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ialah akan mewujudkan masyarakat yang sentiasa rasional dalam setiap tindakan bagi memastikan tidak wujudnya perasaan yang boleh menganggu gugat kententeraman negara kita.
Harapan untuk masa hadapan negara yang lebih cemerlang. Ialah agara semangat perpaduan yang ada pada negara kita hari ini tidak dirosakkan oleh mana mana kumpulan atau mereka yang ingin melihat perpecahan dalam negara dan seterusnya menghancurkan negara kita. Di harapkan negara kita di masa depan nanti akan menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuan kita sendiri dan tidak meniru negara lain.



Comments