Contoh Jawapan Kertas 3 SPM 2015

Jawapan Kertas 3
1.       Latarbelakang perjuangan tokoh-tokoh tanahair yang bangkit menentang british

F1                  Gerakan nasionalisme di Malaysia  adalah merujuk kepada perasaan cinta dan taat
                      setia yang mendalam terhadap tanahair yang kemudiannya mendorong kepada
                      keinginan untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa
                      asing.
F2                  Kebangkitan nasionalisme di Malaysia tidak banyak beza dengan Negara-negara lain
di Asia Tenggara iaitu untuk membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.
F3                  Penentangan terhadap British di Malaysia telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19.
F4                  Gerakan nasionalisme secara menyeluruh bermula pada awal abad ke-20.
F5                  Kedatangan British ke Malaysia sejak dari awal lagi telah menimbulkan gerakan
nasionalisme di Malaysia.
F6                  Gerakan penentangan ini adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati
masyarakat tempatan kerana kepentingan mereka telah dicerobohi dan dikuasai oleh
orang luar.
F7                  Antara pemimpin yang terlibat adalah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap
dan Mat Salleh.

2.       Faktor yang menyebabkan pemimpin tempatan menentang British
F1                 Dasar Penaklukan British
H1a                             Penaklukan British terhadap kawasan-kawasan seperti Naning, Pahang, Kelantan,
Terengganu, Sarawak dan Sabah telah menimbulkan penentangan di kalangan rakyat tempatan.
H1b              British menakluki negeri-negeri di Melayu bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya.
H1c               Pengukuhan kedudukan politik ini  menyebabkan kawasan jajahan penjajah
menjadi semakin luas dan kawasan tersebut akan terikat dengan pemerintahan dan
peraturan penjajah.
H1d              Menyebabkan Naning menjadi  tanah jajahan British dan dipaksa membayar ufti.
H1e              telah menimbulkan kemarahan Dol Said yang menjadi penghulu di Naning pada
waktu itu.
F2                 Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan
H2a                             Penjajah British juga telah mendapat tentangan daripada masyarakat setempat
kerana hasrat mereka untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan
mereka.
H2b              Banyak perjanjian yang ditandatangani dengan pemimpin tempatan telah
membolehkan mereka menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
H2c               Ini telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan kerana British telah cuba
untuk menguasai ekonomi tempatan.
F3                 Sistem Pentadbiran Barat
H3a                             Rakyat tempatan juga menentang British kerana British telah memperkenalkan
sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
H4b              British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai dan peraturan  dengan
sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempat .
C4a               Di Terengganu penduduk menentang British kerana undang-undang tanah yang
menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
H4c             Undang-undang ini amat bertentangan dengan amalan tradisis penduduk tempatan
yang tidak perlu membayar cukai untuk membuka tanah.
F5                Campurtangan Terhadap Adat Resam Tempatan
H5a             Campurtangan British terhadap adat resam tempatan juga telah menyebabkan
berlakunya penentangan daripada pemimpin tempatan.
  Hb                             British telah cuba memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai mereka yang
amat bertentangan dengan budaya tempatan.
H5c             Tindakan J.W.W Birch mengharamkan amalan menggunakan orang suruhan di
kalangan pembesar tempatan telah menyebabkan beliau ditentang hebat oleh orang Melayu.
F6                 Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh
H6a                             Penjajahan Britsih telah menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh mereka.
H6b              Pembesar tempatan ini telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir sesebuah
kawasan dalam segala urusan seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan
sosial.
H6c               Kehadiran Penjajah Bristish menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa
dan pengaruh tersebut.
       H6d              Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka  dan mendorong mereka
                             menentang British.

3.       Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British
Pilih Tiga tokoh pemimpin Tempatan
NANING (1831-1833) – PenghuluDol Said
F1          Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal
berlaku di Tanah Melayu iaitu antara 1831-1833.
F2          Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British yang
meletakkan Naning di bawah jajahan takluknya.
F3          Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar
1/10 hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
F4          Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning
pada tahun 1831.
F5          Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said dengan bantuan
ketenteraan daripada Yam Tuan Ali (Rembau)/Syed Shaban (Penghulu Remai
dan Rechat)/Dato’ Kelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh
F6          Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan
Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak di dalam
daerah Naning.
F7          British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning pada akhir
tahun 1832.
F8          Tetapi pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak
dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan mereka kalah di tangan pasukan
British.
F9          Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dia telah dibawa ke
Melaka.
Penentang Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
F1          Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.
F2          Beliau mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah.
F3          Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.
F4          Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata.
F5          Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
F6          Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar pembesar dan berjaya menawan semula Kuala Berang.
F7          Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong.
F8          Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Penentangan di Perak

F1          Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang
Tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela.
F2          Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan serta
Penduduk tempatan terhadap British.
F3          Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam
Perjanjian Pangkor 1874.
F4          Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
F5          Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
F6          Para pembesar menolak campur tangan British dala adapt resam dan hal ehwal
tempatan.
F7          J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa
Melayu.
F8          Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangi oleh Sultan Abdullah dan Sir
Andrew Clarke menyebabkan berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu
Perak terhadap campur tangan British.
F9          Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak dengan mengadakan mesyuarat di
Durian Sebatang antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu
Bertujuan menentang undang-undang British.
F10        Selepas bermesyuarat Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W Birch
Manakala Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.
F11        Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British walaupun berlaku
Penentangan terhadap British.
F12        Mat Arshad, orang suruhan British,dibunuh oleh penduduk tempatan semasa
Menampal poster cukai di Pasir Salak.
F13        Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain lagi atas arahan
Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
F14        Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir
Salak menyebabkan Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota
Lama.
F15        Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicara oleh
Raja Idris sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

F16        Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor,Pandak Lam,Seputum dan
Pandak Induk dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke
Johor.sultan Abdullah,Menteri
F17        Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulai Seychelles.

              Peristiwa Penentangan di Pahang
F1          Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang- undang British yang bertentangan
Dengan adat resam dan sistem politik tempatan
F2          Pelaksanaan undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ bahaman
sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
F3          Dato, Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu
menentang British selama lima tahun.
F4          Siri penentangan Dato’ Bahaman dengan menentang pembinaan Balai Polis Lubuk
Terua, kawasan pengaruhnya.
F5          Menyerang British kerana menangkap anak buahnya diikuti serangan dan menawan
semula
F6          Lubuk Terua serta menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
F7          British bertindakbalas dengan menghantar tentera menyerang Jeram Ampai
Menyebabkan Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.
F8          Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala tok Gajah dan keluarganya
menetap di Hulu Terengganu.
F9          Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok diberikan perlindungan
Politik.
             
Peristiwa Penentangan Tok janggut

F1          Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila
Sistem Penasihat
F2          British diperkenalkan dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.
F3          Tok Janggut membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak
dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
F4          Pihak Polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.
F5          Pada tahun 1915, Tok Janggut,Pembesar dan rakyat tempatan bersetuju menyerang
Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.
F6          Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
F7          British menggunakan nama Sultan Kelantan membawa masuk pasukan tentera dari
Negeri
F8          Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus mendarat di Tumpat dengan menyerang
Di Saring.
F9          Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah
menyebabkan Tok Janggut terkorban..
F10        Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam
Keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat
tempatan yang berani menentang British.






Soalan 4 : Bagaimana sejarah penentangan pemimpin tempatan  mampu membentuk sikap jatidiri generasi muda hari ini dalam mempertahankan Negara

F1          Rela berkorban
F2          Berani dalam mempertahankan maruah bangsa
F3          Bersifat tidak gentar dengan ancaman kuasa asing
F4          menjadi pembela kepada rakyat yang menghadapi kesukaran hidup pada zaman
Pejajah
F5          Kesetiaan kepada raja
F6          patuh kepada ajaran agama
F7          sanggup berjihad demi agama
F8          menolak semua kuasa asing yang menjajah negara
F9          Menaikan semangat patriotisme
F10       Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
F11       Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara 
F12             
                      
Soalan 5: Peranan generasi muda hari ini dalam meningkatkan semangat cinta Negara

F1     menjadi ahli kelab rukun Negara
F2     menyahut seruam kerajaan
F3     menghayati perjuangan tokoh tokoh tempatan
F4     menghayati kemerdekaan Negara
F5     menyertai program sambutan kemerdekaan negra
F6     menggunakan Bahasa kebangsaan
F7     Melawat tempat tempat bersejarah
F8     menyertai pertandingan esei sejarah
F9     menyertai  kelab setia di sekolah
F10  berusaha untuk mengetahui sejarah Negara
F12  membaca buku buku ilmiah yang berkaitan dengan sejarah Negara

Soalan 6 : Perjuangan pemimpin tempatan menentang Britih telah menemui kegagalan
( a ) Mengapakah penentangan tokoh tokoh tempatan tersebut
        gagal ?
              F1          Penentangan tidak tersusun
              F2          Tiada organisasi
              F3          penentangan bersifat setempat
              F4          Tiada kerjasama daripada pembesar dan rakyat
              F5          Bilangan orang melayu yng terlibat sedikit dan tidak sepenuhnya
              F6          Perjuangan tidak dirancang berlaku secara tiba tiba
              F7          Strategi pemimpin british tidak berkesan
              F8          British mendapat bantuan dari Negara lain
              F9          Teknologi persenjataan
              F10        Pemimpin setempat menggunakan senjata tradisional
              F11        British menggunakan senjata moden
              F12        British menggunakan tipu muslihat
              F13        Sultan dan pembesar Melayu diperdaya oleh inggeris
              F14        British menggunakan kuasa sultan untuk melemahkan penentangan orang melayu


( b )Beri cadangan anda, bagaimanakah cara untuk   mempertahankan Negara kita daripada
       ancaman luar

f1           Meningkatkan perpaduan di dalam Negara
f2           Penguasaan terhadap teknologi dipertingkatkan
F3          mengadakan hubungan diplomatik dengan semua Negara tanpa mengira idologi
F4          mewujudkan persefahaman dengan semua Negara
F5          mengisytiharkan Malaysia sebgai zon aman bebas dan bekecuali
F6          menjadi Ahli semua petubuhan keamanan dunia seperti PBB, Komanwell, OIC,
ASEAN
              F7          mewujudkan kestabilan dalam Negara
              F8          memastikan keamanan Negara
              F9          Mewujudkan Akta hasutan
              F10        mewujudkan Akta keselamatan dalam Negara
              F11        meingkakan teknologi persenjataan


Soalan 7 : Generasi muda pada hari tidak menghiraukan semangat cintakan Negara dan tidak
            mengendahkan dan tidak mengambiltahu tentang tokoh tokoh pejuang Negara.
(a)    Mengapakah berlakunya keadaan tersebut?
F1          Tidak mempunyai sifat jatidiri
F2          Mementingkan diri sendiri
F3          Tidak tahu kesusahan zaman sebelum merdeka
F4          Tidak belajar sejarah
F5          lahir selepas kemerdekaan Negara
F6          Tidak minat tentang sejarah Malaysia
F7          Suka hidup berpoya poya dan pentingkan budaya barat
F8          Tida diberi kesedaran oleh ibubapa
F9          Kegagalan kurikulum sekolah untuk mendidik mereka

(b)    Apakah kesanya terhadap Negara jika keadaan tersebut terus berlaku?
F1          Rakyat akan berpecah belah
F2          keselamatan Negara terancam
F3          Lahir individu yang pentingkan diri sendiri
F4          Negara akan mudah dicerobohi oleh kuasa asing
F5          Keamanan Negara akan terjejas
F6          Berlaku perpalahan kaum
F7          Kuasa asing mudah untuk campurtangan

8.       Ikhtibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji

F1                 Pentingnya ilmu pengetahuan
F2                 Perlunya menyertai kegiatan persatuan / badan sosial
F3                 Sikap kerjasama / tolak ansur
F4                 Semangat patriotik
F5                 Memelihara jati diri
F6                 Menghindari budaya negatif
F7                 Menguasai ilmu teknologi
F8                 Peluang pendidikan kepada semua
F9                 Pengorbanan untuk bangsa dan Negara
F10               Berani dalam perjuangan

9.       Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

(a)    Pengetahuan yang diperolehi
F1          perjuangan tokoh tokoh seperti Tok janggut, Mat kilau, Dato Bahaman menentang penjajahan British
F2          Mereka bangkit menentang penjajah yang menyulitkan kehiidupan penduduk tempatan
F3          Kedatangan penjajah telah menimbulkan pelbagai kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial

(b)    Nilai/Unsur patriotism berdasarkan tajuk
F1          Kepimpinan yang berwibawa dalam memajukan rakyat dan Negara
F2          keazaman pemimpin untuk menyelesaikan masalah rakyat
F3          Menghargai sumbangan tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap penjajah
F4          menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada Negara
F5          Berkorban demi kejayaan Negara
F6          Mempunyai sifat berani dalam mempertahankan Negara
F7          menyemai sikap cintakan tanah air


(c)     Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang
F1          malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020
F2          mempunyai bangsa yang mempunyai sikap jatidiri yang tinggi dan saying kepada
Negara
              F3          Setiap bangsa perlu berusaha untuk meninkatkan kualiti diri dan berusaha untuk
memajukan dan mempertahankan Negara
              F4          memastikan Negara kita Malaysia menjadi sebuah Negara yang maju mengikut
acuan sendiri






Comments