Target spm 2015 Sejarah
1.
Pendidikan Vernakular
a.
Ciri pendidikan Vernakular China dan Tamil
-
Sistem pendidikan berorientasikan
pendidikan negara asal
-
Menggunakan bahasa ibunda
masing-masing
-
Sukatan pelajaran ditiru daripada
kurikulum pendidikan di negara asal
-
Menggunakan buku teks yang dibawa dari
negara asal
-
Guru dibawa dari negara asal
b.
Kebajikan sekolah melayu tidak dijaga
-
Sekolah Melayu ditubuhkan di peringkat
sekolah rendah sahaja
-
Tiada kelengkapan disediakan di
sekolah Melayu
-
Lulusan sekolah rendah Melayu tidak
boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
-
Tiada sekolah menengah Melayu
disediakan
-
Sekolah Melayu kebanyakannya
ditubuhkan di luar bandar
-
Sukatan pelajarannya terbatas kepada
asas belajar menulis, membaca dan mengira sahaja
-
Kurikulumnya bertujuan untuk
menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu
bapanya
c.
Pendidikan Vernakular tidak memupuk perpaduan
-
Kerana muridnya terpisah mengikut kaum
tertentu menyebabkan setiap kaum tidak berhubung antara satu sama lain
-
Menggunakan bahasa ibunda
masing-masing menyebabkan pelajar kaum lain tidak belajar di sekolah itu
-
Sukatan pelajaran ditiru daripada
kurikulum pendidikan di negara asal menyebabkan murid lebih mengenali budaya
sendiri sahaja
d.
Cara memupuk perpaduan melalui pendidikan
-
Dengan cara belajar menggunakan bahasa
Kebangsaan menyebabkan hubungan antara pelajar lebih akrab
-
Dengan cara menyertai kegiatan
kokurikulum menyebabkan pelajar dapat bergaul antara satu sama lain
-
Dengan cara aktiviti pembelajaran
secara berkumpulan menyebabkan pelajar berbincang antara satu sama lain
-
Dengan mengadakan projek khidmat
masyarakat menyebabkan mereka sama-sama bekerja untuk mencapai matlamat yang
sama
2.
Blok Dunia dan Perang Dingin
a.
Sebab wujud Blok dunia
F1
Perbezaan ideologi dan fahaman
politik
F2 Persaingan antara blok kapitalis (Amerika)
dengan blok komunis (Soviet Union)
F3 Kedua-dua blok berusaha membuktikan
kekuatan
F4 Ingin menjaga kepentingan masing-masing
b.
Ciri kapitalis dan Komunis
-
Negara
kapitalis menjalankan pemerintahan secara demokratik manakala negara komunis
menjalankan pemerintahan secara diktator.
-
Di
negara kapitalis, kerajaan dipilih melalui pilihan raya tetapi di negara
komunis, hanya Parti Komunis sahaja yang memerintah negara.
-
Blok
kapitalis membuka peluang perniagaan kepada orang persendirian tetapi di negara
komunis, hanya kerajaan yang memiliki perniagaan.
-
Negara
kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya tetapi negara komunis mengawal
kebebasan individu.
-
c.
Sebab berlakunya perang dingin
-
Kemunculan blok dunia iaitu blok komunis dan
blok kapitalis
-
ideologi dan fahaman politik yang berbeza
-
Berlaku konflik tanpa senjata
-
Persaingan kekuatan ketenteraan masing-masing
-
Persaingan melebarkan pengaruh
d.
Kesan Perang Dingin
-
Pembentukan blok dunia.
-
Penubuhan NATO
-
Pakatan WARSAW.
-
nPertubuhan
Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
-
Perlumbaan senjata
-
Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri
-
Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada
mana-mana blok
e.
Peranan Malaysia mengatasi perang dingin
-
Merealisasikan
konsep ZOPFAN (Zon Aman Bebas dan Berkecuali) di rantau ASEAN agar kuasa besar
tidak terlibat dalam perluasan ideologi.
-
Menggalakkan
agar semua negara menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.
-
Memberi
kesedaran kepada kuasa besar agar tidak terlibat dalam perlumbaan senjata.
-
Menggalakkan
Negara Dunia Ketiga mengamalkan dasar berkecuali.
3.
Pengaruh Islam terhadap Ekonomi
a.
Faktor kemunculan Melaka
F3 Melaka
menjadi pusat perdagangan terkenal
H3a Kedudukan
strategik membantu perkembangan Melaka
H3c Terletak
di tengah jalan perdagangan India dan China
H3d Terlindung
daripada tiupan angin monson
H3e Perairan
yang dalam memudahkan kapal dagang
berlabuh
H3f Selat Melaka yang sempit/ dalam/ selamat
/mudah mengawal keselamatan pedagang
F4 Kerajaan Melaka menyediakan
kemudahan/pentadbiran yang licin/ teratur agar aktiviti perdagangan berjalan
lancer
F5 Melantik/
mewujudkan jawatan Laksamana
H5a Untuk menjaga urusan kelautan / menjaga
keselamatan pedagang / perairan Selat Melaka
H5b Menyediakan kemudahan gudang/ tempat
membaiki kapal/ tempat penginapan
F6 Melantik
Jawatan Syahbandar
H6a Sebagai
ketua pelabuhan/ menjaga pelabuhan/ melicinkan urusan pedagang
F7 Membuat/
menggubal Undang-Undang Laut Melaka
H7a Dalamnya
mengandungi tanggungjawab nakhoda/ jurumudi
H7b Ada
juga mengandungi peraturan pedagang di laut/ pelabuhan
F8 Bahasa
Melayu menjadi bahasa Lingua Franca
b.
Kenapa orang Melayu zaman tersebut maju dalam perdagangan
-
Mempunyai kemahiran dalam bidang perdagangan
-
Kemampuan membina kapal kapal yang besar
-
Mahir dalam menentukan arah perjalanan
-
Menguasai bidang pelayaran
-
Mempunyai sifat kecekalan dan kebeberanian utk
meneroka lautan lepas
c.
Pelaksanaan cukai di Melaka
F1 Cukai terhadap barang dagangan
F2 Cukai tetap/Cukai import
F3 Kadar cukai enam peratus kepada pedagang
Ceylon/Tanah Arab/ Siam/Pegu
F4 Cukai lima peratus kepada pedagang dari
Jepun/China
F5 Cukai terhadap orang asing yang menetap di
Melaka
F6 Cukai diraja
F7 Cukai tiga peratus kepada orang asing dari
Kepulauan Melayu
F8 Cukai enam peratus terhadap orang lain yang
lain
FAKTA
NOMBOR
|
||||
2
|
6
|
5
|
0
|
3
|
2 jenis cukai
-
Cukai tetap/import
-
Cukai Diraja
|
Kadar 6 peratus kpd pedagang CIAP
|
Kadar 5 peratus kpd pedagang Jepun dan China
|
Tidak dikenakan cukai untuk makanan dan beras
|
Cukai diraja sebanyak 3 peratus kpd pedagang
dari Kepulauan Melayu
|
d.
Kepentingan cukai kepada negara
-
Meningkatkan pembangunan negara
-
Mewujudkan prasarana untuk kemudahan rakyat
-
Membina hospital, sekolah dan kemudahan untuk
rakyat
-
Meningkatkan kecekapan pentadbiran negara
-
Mengurus negara
-
Membantu ekonomi negara
4.
Hijrah
a.
Maksud hijrah
F1 Berasal
daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2 Perpindahan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F3 Perpindahan
orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4 Perjuangan
untuk memperkukuhkan Islam.
F5 Merupakan
strategi baru untuk menyebarkan Islam.
F6 Perjuangan
untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan
F7 Semangat
ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8 Perubahan
dari segi sikap /Perubahan cara berfikir/Perubahan tingkahlaku
b.
Sebab dan tujuan Hijrah
- Untuk menunaikan perintah Allah yang menyuruh berhijrah
- Untuk melindungi umat Islam daripada ditindas oleh orang Arab Quraisy
Makkah
- Untuk mengamalkan cara hidup Islam
- Untuk memudahkan penyebaran Islam
- Untuk menyelesaikan perbalahan orang Madinah
c.
Amalan Hijrah pada masa kini
-
Konsep hijrah berlaku dalam kehidupan masa kini
dengan cara meninggalkan keburukan kepada melakukan kebaikan
-
Konsep Hijrah juga berlaku apabila masyarakat
meninggalkan sifat malas dan mengamalkan sifat rajin dalam melakukan kerja
-
Konsep hijrah juga berlaku apabila masyarakat
berusaha mencegah kemungkaran dan menggalakkan kebaikan
d.
Kepentingan peristiwa hijrah
F1 Dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa
selindung
H1b sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam
sering terganggu
F2 Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku
Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama
Islam
F3 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam
Makkah dengan orang
Islam
Madinah
H3a Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak
berasa asing atau rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya
mempunyai perbezaan dari segi
kedudukanekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran
Muhajirin kepada orang Islam Makkah
yang
berhijrah ke Madinah
H3d gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F4 Menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku,
budaya dan Agama
H4b Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di
Madinah
H4c Dengan ini masyarakat Madinah dapat
menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F5 Membina sebuah masjid
H5a Masjid al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c Masjid dijadikan sebagai tempat beribadat,
belajar, tempat bertemu/berbincang
masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan
aktiviti harian seperti jual beli
F6 Wujud takwim Islam
H6a Berdasarkan kiraan tahun
Hijrah
H6b Takwim ini digunakan
ketika Khalifah Umar al-Khattab
F7 Menubuhkan sebuah
negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib
kepada Madinah al- Munawwarah
H7b Menjadikan Madinah
sebagai pusat tamadun Islam
F8 Menunjukkan sikap
toleransi kaum dan tolong- menolong
H8a Orang Madinah memberi
bantuan besar kepada orang Islam Makkah
yang berhijrah
H8b Mereka sanggup memberikan
tempat tinggal, makanan, keperluan asas
H8c menerima orang Islam
Makkah sebahagian daripada masyarakat Madinah
F9 Pengorbanan
sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar al-Siddiq
sanggup bergadai nyawa dan harta
H9b Ali bin Abu Talib sanggup
tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf beri
sumbangan harta
F10 Menunjukkan peranan
wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar
membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b Menghantar makanan
H10c menyampaikan berita
tentang pergerakan Quraisy
F11 Menunjukkan ketabahan
hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
H11a Baginda sanggup berkorban
dan meninggalkan kesenangan hidup
H11b Tidak pernah berputus asa
H11c Bijak mengatur strategi
peperangan
H11d Bersembunyi di Gua Thur
dan cari jalan lain ke Madinah
e.
Cara menghayati peristiwa hijrah
- Merayakan tahun baru umat Islam (Tahun Hijrah)
- Mengingati peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah
- Memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam menegakkan
Islam
- Mengambil iktibar daripada konsep hijrah
5.
Nasionalisme di Asia Tenggara
a.
Maksud nasionalisme
Maksud
nasionalisme ialah perasaan cinta akan
bangsa dan negara, membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air,
Pembebasan kuasa politik, cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.
Faktor- faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ialah dasar penjajahan
Barat, pengaruh agama, pengaruh karya
kesusasteraan, pengaruh sistem pendidikan, kemunculan golongan intelektual, pengaruh media
massa, peranan sistem pengangkutan/ perhubungan dan pengaruh luar.
b.
Ciri nasionalisme tahap satu dan dua
Ciri Nasionalisme Tahap Pertama
-
Penentangan bersifat setempat sahaja.
-
Gerakan ini dipimpin oleh golongan agama
-
Tiada parti politik yang menjadi penggerak.
-
Isu yang diperjuangkan ialah berkaitan sosial,
kebudayaan, agama dan hak peribumi
-
Tujuan gerakan adalah menuntut hak dan taraf
hidup rakyat tempatan dibaiki.
-
Gerakan ini bersifat sederhana dan tidak
bersifat politik
Ciri
Nasionalisme Tahap Kedua
-
Penentangan menyeluruh di seluruh negara.
-
Gerakan ini dipimpin oleh ahli politik.
-
Mempunyai parti politik sebagai penggerak.
-
Isu berkaitan politik dan kemerdekaan tanah air.
-
Tujuan gerakan adalah menuntut kemerdekaan dan
memerintah sendiri.
-
Gerakan ini bersifat radikal.
-
Gerakan ini bersifat tindakan politik
c.
Perkembangan nasionalisme di Thailand
Berikan dua sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap
pertama di Thailand
F1 Kegelisahan rakyat
terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2 Penentangan rakyat
terhadap raja berkuasa mutlak
F3 Perkembangan sistem
pendidikan Barat
F4 Golongan intelek
didedahkan kepada fahaman liberal
F5 Perkembangan sistem
demokrasi
F6 Pengetahuan mengenai
raja berperlembagaan
F7 Kelemahan sistem
pentadbiran
F8 Sikap boros Raja
Vajiravudh
d.
Keistimewaan nasionalisme di Thailand
Nasionalisme Thailand berbeza dengan nasionalisme di negara lain
Buktinya ialah nasionalisme di Thailand tidak menentang penjajah.
Nasionalisme Thailand bukan dicetuskan oleh rakyat, tetapi dilakukan
oleh pemerintah.
Nasionalisme Thailand bukan bertujuan menamatkan penjajahan, tetapi
mahu menamatkan penguasaan politik oleh kerabat diraja dan menamatkan sistem
beraja mutlak.
Nasionalismenya bertujuan memperbaiki kelemahan sistem pentadbiran dan
mengubah sikap raja yang boros.
Kerana mereka mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi agar
dapat mewujudkan perpaduan kaum.[2 markah]
e.
Kepentingan Semangat nasionalisme
-
Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
-
Memupuk semangat cinta negara
-
Mematuhi pemimpin
-
Melahirkan masyarakat yang bersama-sama
membangunkan negara
-
Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
f.
Perkembangan nasionalisme di Filipina dan
Indonesia
F1 Tahap pertama merupakan
Gerakan Dakyah
F2 Diketuai oleh Jose Rizal
F3 Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F4 Menuntut bangsa Filipina diberikan hak yang sama
seperti mana bangsa Sepanyol
F5 Menuntut bangsa Filipina diberikan kebebasan
bersuara
F6 Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina
F7 Disebabkan tuntutan-tuntutannya tidak
dilayan
F8 Mendesak kerajaan Filipina melakukan
pembaharuan politik/ekonomi/sosial
F9 Jose Rizal ditangkap
F10 Jose Rizal dibuang negeri
ke Dapitan
F11 Jose Rizal dihukum bunuh
atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
F12 Gerakan nasionalisme tahap kedua bermula
dengan penubuhan Katipunan
F13 Oleh Andres Bonifacio
F14 Bermula penentangan secara radikal
F15 Ingin menyatukan bangsa Filipina
F16 Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
F17 Menggunakan media cetak untuk menyebarkan
fahaman revolusi kepada rakyat
F18 Akhbar rasminya Kalayan
F19 Melancarkan revolusi bersenjata untuk
menggulingkan pemerintahan Sepanyol
F20 Katipunan lemah selepas Bonifacio dihukum
mati oleh Aguinaldo
F21 Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika
Syarikat
F21 Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898
F22 Amerika Syarikat pula menguasai Filipina
menggantikan Sepanyol
F23 Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh
Aguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
F24 Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo
ditangkap pada tahun 1901
F25 Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan
penubuhan parti-parti politik yang sederhana
F26 Parti Nasional memenangi pilihan raya pada
tahun 1907
F27 Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan
Perhimpunan
Jelaskan Perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia***
F1 Pada tahap pertama memberikan tumpuan
terhadap isu-isu pendidikan
F2 Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan
pendidikan dalam kalangan wanita
F3 Hasil karya Habis Gelap Terbitlah Terang/
Penulisan Seorang Puteri Jawa
F4 Mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
F5 Penindasan penjajah Belanda
F6 Perjuangannya memberi inspirasi kepada
pejuang-pejuang selepasnya
F7 Gerakan Muhammadiyah merupakan gerakan
terpenting pada tahap pertama
F8 Matlamatnya ingin menyebarkan ajaran Islam
yang sebenar
F9 Matlamat
lain ingin menghindari ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian
F10 Muhammadiyah banyak mendirikan
sekolah/klinik/masjid
F11 Tahap kedua memperlihatkan perjuangan
parti-parti politik yang radikal
F12 Parti Sarekat Islam/Parti Komunis
Indonesia/Parti Nasional Indonesia
F13 Menuntut kemerdekaan dengan lantang
F14 Sanggup menggunakan kekerasan bagi mencapai
kemerdekaan
F15 Parti Nasional Indonesia di bawah pimpinan
Soekarno paling berpengaruh
F16 Pihak Belanda menangkap pemimpin-pemimpin
radikal
F17 Parti Nasional Indonesia diharamkan oleh
Belanda
g.
Cara menegakkan kedaulatan negara
F1 Menjaga keamanan negara
F2 Menjaga nama baik negara
F3 Menjaga keharmonian kaum
F4 Mengharumkan nama negara
F5 Mengukuhkan perpaduan kaum
6.
Dasar Ekonomi Baru
a.
Sebab DEB dilancarkan
-
Membasmi kemiskinan
-
Menyusun semula masyarakat yg terpisah mengikut
kaum
b.
Matlamat DEB
• DEB bertujuan untuk
membasmi kemiskinan masyarakat tanpa mengira kaum.
• Untuk merapatkan
jurang ekonomi antara kaum.
• Untuk merapatkan
jurang ekonomi antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
• Untuk menghapuskan
identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
• Untuk menyusun semula masyarakat
agar tiap-tiap kaum tidak dikenali berdasarkan kepada fungsi ekonominya.
• Untuk memajukan
ekonomi masyarakat luar bandar.
c.
Usaha Kerajaan Melalui DEB
1.
Kerajaan membuka tanah rancangan secara besar-besaran untuk
menempatkan rakyat yang tidak mempunyai tanah.
2.
Kerajaan menumpukan penanaman getah dan kelapa sawit untuk
melibatkan rakyat dalam pertanian komersil.
3.
Kerajaan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan
luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
4.
Kerajaan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi
bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi mereka.
5.
Kerajaan memberikan bantuan modal dan teknikal kepada
bumiputera supaya mereka melibatkan diri dalam perniagaan.
6.
Kerajaan melancarkan Skim Amanah saham Nasional untuk
meningkatkan hak milik modal saham bumiputera.
a.
Agensi yg menjayakan DEB
• Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
• Lembaga Pemulihan dan
Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
• Majlis Amanah Rakyat
(MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
• Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil
pertanian.
• Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan
penanaman semula getah.
• Lembaga Pertubuhan
Peladang
Membantu petani melibatkan diri dalam koperasi.
b.
Berjayakah DEB
• Kerana dapat memajukan bumiputera
menyebabkan jurang kemiskinan antara kaum berjaya dirapatkan.
• Kerana dapat memajukan masyarakat luar
bandar menyebabkan jurang kemiskinan antara wilayah dapat dikurangkan.
• Kerana dapat meningkatkan penyertaan orang
Melayu dalam perniagaan menyebabkan kadar kemiskinan orang Melayu berjaya
dikurangkan.
• Kerana dapat membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum menyebabkan perpaduan kaum berjaya dieratkan.
F1 Merapatkan jurang antara kaum
dan wilayah
F2 Menurunkan kadar kemiskinan
dalam KDNK
F3 Meningkatkan pendapatan
perkapita bumiputera
F4 Meningkatkan hak milik modal
saham kaum bumiputera
F5 Manfaat dinikmati oleh semua
kaum
F6 Berjaya mengurangkan hak milik modal saham
orang asing
c.
Keadaan orang Melayu tanpa DEB
-
Mundur
-
Terus tertinggal di kawasan kampong
-
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
komersial
-
Terpinggir daru arus pemodenan
-
Pemilikan saham rendah
-
Hanya terlibat dalam sector pertanian sara diri
-
Tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain
d.
Kesan DEB
7.
Renaissance
a.
Maksud Renaissance
b.
Tokoh Renaissance
c.
Faktor belakunya renaissance
d.
Sebab renaissance berlaku di Itali
e.
Pengajaran Renaissance
f.
Sumbangan Renaissance pada dunia
8.
Malayan Union
9.
Pakatan Murni
10.
Zaman Penjelajahan
11.
Peranan Akhbar dan majalah
Comments
Post a Comment