(a) Nyatakan dua cara yang digunakan oleh
masyarakat Melayu tradisional untuk menerapkan nilai
moral kepada anak-anak melalui pendidikan tidak formal.
· Melalui nasihat
· Menerapkan pengajaran melalui lisan seperti
cerita jenaka, cerita binatang dan cerita asal-usul
· Menerapkan nilai moral melalui pantun
· Menyampaikan pengajaran melalui pepatah dan peribahasa
· Menyampaikan nilai moral melalui pantang larang
· Mengajar beradab melalui adat seperti abad berziarah, adab makan, adab
bercakap dan sebagainya
[2 markah]
(b) Pada
pandangan anda, mengapakah masyarakat Melayu tradisional sangat
menitikberatkan nilai moral dalam kehidupan mereka
?
· Kerana hendak menjaga adat agar menjadi amalan dalam masyarakat
· Hendak melahirkan anak-anak yang berdisiplin agar dihormati dalam
masyarakat
· Kerana hendak melahirkan masyarakat yang saling menghormati supaya wujud
kerjasama dalam masyarakat
· Kerana hendak melahirkan masyarakat yang patuh kepada agama agar lahirnya
masyarakat berakhlak
[2 markah]
(c) Pendidikan
yang berasaskan sistem pondok kurang mendapat sambutan
masyarakat kerana pelaksanaannya tidak sistematik.
Berikan
penjelasan anda.
Pendidikan yang
berasaskan sistem pondok kurang mendapat sambutan
masyarakat kerana pelaksanaannya tidak sistematik.
·
· Kerana tiada waktu belajar yang khusus menyebabkan pembelajaran kurang
berkesan
· Kerana tiada batasan umur menyebabkan pencapaian dalam pelajaran
berbeza-beza
· Kerana pembelajaran dijalankan di masjid menyebabkan suasana belajar
menjadi tidak selesa
· Kerana tiada sukatan pelajaran yang khusus menyebabkan pelajar tidak dapat
mendalami ilmu tertentu
[2 markah]
(d) Patutkah
pendidikan berasaskan sistem pondok dikekalkan ?
Kemukakan hujah
anda.
Pendidikan berasaskan
sistem pondok PATUT dikekalkan.
· Kerana dapat melahirkan guru agama yang akan mengajar agama kepada
masyarakat
· Kerana dapat melahirkan masyarakat yang mematuhi agama menyebabkan lahirnya
masyarakat berdisiplin
· Kerana dapat melahirkan orang yang berkhidmat kepada masyarakat seperti
dalam menguruskan jenazah, tahlil dan sebagainya.
· Kerana dapat mempelbagaikan bidang pendidikan agar dapat mengimbangi sistem
pendidikan vernakular
[2 markah]
(e) Apakah
usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sistem pondok agar sejajar dengan sistem pendidikan
masa kini ?
· Menyediakan kurikulum pondok yang seragam agar pendidikan pondok menjadi
selaras di seluruh negara
· Menyediakan kemudahan makmal komputer, asrama, bilik darjah supaya
pembelajaran lebih kondusif
· Menyediakan guru yang terlatih agar pengajaran menjadi lebih berkesan
[2 markah]
tnx! Dude, it really helped me !
ReplyDeletetnx! Dude, it really helped me !
ReplyDeleteffyvyvvyvy
ReplyDelete