TajJuk Fokus SPM 2015 : PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

(a)       Nyatakan dua cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu  tradisional untuk menerapkan nilai moral kepada anak-anak  melalui pendidikan tidak formal.

·       Melalui nasihat
·       Menerapkan pengajaran melalui lisan seperti  cerita jenaka, cerita binatang dan cerita asal-usul
·       Menerapkan nilai moral melalui pantun
·       Menyampaikan pengajaran melalui pepatah dan peribahasa
·       Menyampaikan nilai moral melalui pantang larang
·       Mengajar beradab melalui adat seperti abad berziarah, adab makan, adab bercakap dan sebagainya
 [2 markah]

           (b)       Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Melayu  tradisional sangat menitikberatkan nilai moral dalam kehidupan  mereka ?

·       Kerana hendak menjaga adat agar menjadi amalan dalam masyarakat
·       Hendak melahirkan anak-anak yang berdisiplin agar dihormati dalam masyarakat
·       Kerana hendak melahirkan masyarakat yang saling menghormati supaya wujud kerjasama dalam masyarakat
·       Kerana hendak melahirkan masyarakat yang patuh kepada agama agar lahirnya masyarakat berakhlak
 [2 markah]

           (c)       Pendidikan yang berasaskan sistem pondok kurang mendapat   sambutan masyarakat kerana pelaksanaannya tidak sistematik.
                       Berikan penjelasan anda.
                      

                             Pendidikan yang berasaskan sistem pondok kurang        mendapat sambutan masyarakat kerana pelaksanaannya            tidak sistematik.
·        



·       Kerana tiada waktu belajar yang khusus menyebabkan pembelajaran kurang berkesan
·       Kerana tiada batasan umur menyebabkan pencapaian dalam pelajaran berbeza-beza
·       Kerana pembelajaran dijalankan di masjid menyebabkan suasana belajar menjadi tidak selesa
·       Kerana tiada sukatan pelajaran yang khusus menyebabkan pelajar tidak dapat mendalami ilmu tertentu
 [2 markah]


           (d)       Patutkah pendidikan berasaskan sistem pondok dikekalkan ?
                       Kemukakan hujah anda.
                            
                       Pendidikan berasaskan sistem pondok PATUT dikekalkan.
·       Kerana dapat melahirkan guru agama yang akan mengajar agama kepada masyarakat
·       Kerana dapat melahirkan masyarakat yang mematuhi agama menyebabkan lahirnya masyarakat berdisiplin
·       Kerana dapat melahirkan orang yang berkhidmat kepada masyarakat seperti dalam menguruskan jenazah, tahlil dan sebagainya.
·       Kerana dapat mempelbagaikan bidang pendidikan agar dapat mengimbangi sistem pendidikan vernakular
 [2 markah]


           (e)       Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sistem                        pondok agar sejajar dengan sistem pendidikan masa kini ?

·       Menyediakan kurikulum pondok yang seragam agar pendidikan pondok menjadi selaras di seluruh negara
·       Menyediakan kemudahan makmal komputer, asrama, bilik darjah supaya pembelajaran lebih kondusif
·       Menyediakan guru yang terlatih agar pengajaran menjadi lebih berkesan

 [2 markah]

Comments

Post a Comment